I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 23 November 2011

LATIHAN 3

         Latihan 3

        Pilih dan hitamkan jawapan yang betul

1.       Bardin cuba __________________ untuk keluar dari hutan setelah tersesat.
A.      mati kutu                         C. mati akal
B.      cari Jalan                         D. jalan tengah


2.       Ayah selalu menasihati kami agar tidak _______________ apabila telah berjaya kelak.
A.      lupa diri                           C.  patah kandar
B.      busuk hati                        D. patah hati


3.       Kita janganlah mengikut  _______________ supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
A.      darah raja                        C. darah manis
B.      darah muda                     D. darah hantu


4.       Tuan Haji Zainal itu seorang hartawan yang ______________ . Beliau selalu menghulurkan bantuan.
A.      keras hati                        C. berat hati
B.      panas hati                       D. murah hati


5.       Puan Roslin _____________ kerana selalu membantu orang lain. Suaminya pula lebih dikenali sebagai _______________kerana sikap kedekutnya.
A.      isi hati……….isi perut                        C. baik hati………. tangkai jering
B.      hati batu………batu loncatan          D. ringan tulang………. tangkai jering


6.       Biasanya orang yang __________________ akan disenangi oleh sesiapa pun, manakala orang yang  _______________akan dibenci.
A.      iri hati……….senang hati                   C. baik hati……….hidung tinggi
B.      berat tulang …………ringan tulang   D. mulut murai ……….kera sumbang


7.      Walaupun hidup ______________, Mak Cik Eton tidak pernahmneyusahkan sesiapa.
A.      makan suap                       C. sebatang kara
B.      Sehelai sepinggan             D. bagai isi dengan kuku


8.       Hamid dan Lim rakan karib.  Mereka ______________________ kerana tidak pernah berenggang.
A.      bagai kertas dengan dakwat
B.      bagai tikus membaiki labu
C.      bagai isi dengan kuku
D.      bagai cincin dengan permata

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Sunday 20 November 2011

LATIHAN 2

Gariskan jawapan yang  sesuai bagi soalan-soalan berikut:

1.       Semua ( anak buah, anak emas ) Pak Muin berkumpul di rumahnya untuk menyambut hari raya.

2.       Datin Lia mengingatkan anaknya supaya sentiasa menjaga  (harga mati, harga diri ).

3.       Muniandy ( patah hati, patah kandar ) untuk belajar lagi.

4.       Sebagai jiran, kita mestilah hidup ( bagai aur dengan tebing, bagi isi dengan kuku).

5.       Pasangan pengantin itu tidak ubah ( seperti murai tercabut ekor, seperti cincin dengan permata ).

6.       Murid itu ( diam seperti tunggul, tegak seperti tiang ) apabila disoal oleh guru.

7.       Kulit bayi itu (Lembut seperti buih, lembut seperti sutera ).

8.       Setelah beberapa lama bermasam muka, akhirnya kedua-dua beradik itu berbaik semula kerana (air dicencang tidak akan putus, berani kerana benar ).

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

LATIHAN 1

         Latihan 1

         Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sebatang kara                     kepala batu                           gigi air

Mandi keringat                   cepat tangan                       ada angin

Cari akal                                otak cair


    1.       Ayah hanya membenarkan kami bermain di ____________________ kerana ombak sangat  kuat.

2.       Budak itu __________________ kerana markah yang tertinggi dalam semua ujian.

3.       Ketua itu tidak disukai oleh semua orang  bawahannya kerana dia ________________.

4.       Sudah 15 tahun Pak Man hidup ___________________ di rumah usang itu.

5.       Ali dan rakannya sedang _________________untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

6.       Chong Beng terkenal  dengan sikap _________________nya kerana tidak mahu mendengar nasihat orang lain.

7.       Budak itu __________________ kerana suka mencuri barang-barang orang lain.

8.       Para petani _____________________ mengerjakan sawah mereka.


"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

CONTOH KARANGAN 10

Peribahasa melayu ada menyatakan bahawa “Sedikit-sedikt Lama-lama Jadi Bukit”.

 Tulis satu karangan yang bertajuk`` Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit.’’

            Halim berasa amat seronok apabila melihat rakan-rakannya menunggang basikal. Dia ingin benar memiliki sebuah basikal. Namun begitu, dia tidak mempunyai wang. Halim berazam untuk mengumpul wang dengan cara berjimat-cermat.

            Setiap hari, Halim akan menyimpan wang lebihan belanja sekolahnya. Dia juga menyimpan wang yang diberi oleh abang dan kakaknya. Wang tersebut dimasukkannya ke dalam sebuah tabung. Ada kalanya dia menyimpan tiga puluh sen. Ada kalanya lebih. Dari sehari ke sehari,wangnya semakin bertambah.

            Genap sebulan, Halim mengira wang simpanannya. Kini, wangnya berjumlah RM50. Walaupun begitu, wang tersebut masih belum mencukupi untuk membeli sebuah basikal.

            Ibu memberi galakan dan semangat agar Halim terus menyimpan. Kata ibu, ``Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’’. Apabila mendengar nasihat ibu, Halim semakin berazam untuk menyimpan wang. Setiap hari, dia menyimpan wang walaupun jumlahnya sedikit. Wang yang diberi oleh ayah dimasukkannya ke dalam tabung.

            Akhirnya, setelah dua bulan setengah, usaha Halim berhasil. Dia berjaya mengumpul RM 150. Ayah dan ibu mengucapkan tahniah kepada Halim. Halim bangga memiliki sebuah basikal dengan wang yang dikumpulnya sendiri secara sedikit demi sedikit. Halim tersenyum apabila mengingati nasihat ibunya.  “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit,’’ katanya di dalam hati.



"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

CONTOH KARANGAN 9

Peribahasa melayu ada menyatakan “Genggam bara api,biar sampai jadi arang”.

Tulis  satu  karangan  peribahasa  yang  bertajuk ‘Genggam bara api, biar sampai jadi arang’.

            Zainuddin  dan  zainal  merupakan  adik-beradik  kembar. Pada  15  Mei ,mereka  telah  meraikan   majlis hari  jadi. Kedua –duanya    telah  dihadiahkan sepasang  kasut roda  oleh  ayah  mereka.

            Mereka  berasa   sungguh  gembira  menerima  hadiah  tersebut  walaupun  mereka  tidak  pandai  bermain   kasut  roda. Mereka   bertekad   untuk  belajar  main  kasut  roda. Setiap  hari, adik-beradik  kembar   ini  berlatih  bersungguh-sungguh.

            Semasa  berlatih, mereka  sering  terjatuh. Zainuddin  bengkak  pada  bahagian   tangan   dan   kaki. Zainal   pula  mengalami  luka  di tangan  dan   kepala kerana  terkena  batu. Kaki  dan  kepalanya  berdarah. Zainuddin  mula  berputus  asa  kerana   sering  terjatuh. Dia mula tidak tahan mengalami kesakitan, akhirnya, Zainuddin   tidak  berlatih.

            Sebaliknya, zainal  tidak  berputus  asa. Baginya, jika hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lagipun, dia berpegang teguh kepada pepatah,``genggam bara api, biar sampai jadi arang’’.dia tetap meneruskan latihan. Dia juga semakin kerap berlatih. Segala kesakitan tidak dihiraukannya.

            Akhirnya, Zainal berjaya meluncur dengan kasut roda. Ayahnya berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Zainal. Zainal tidak menyerah kalah di pertengahan jalan. Semangat seperti Zainal perlu dijadikan pedoman sekiranya kita ingin mencapai kejayaan.



"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

CONTOH KARANGAN 8

Peribahasa melayu ada menyatakan “Berani kerana Benar,Takut kerana salah”.

Tulis satu karangan berdasarkan peribasa ‘Berani kerana Benar, Takut kerana Salah’.

Suasana menjadi sunyi sepi apabila guru disilplin masuk ke dalam kelas. Beliau mengarahkan semua murid berdiri. Beberapa orang pengawas kemudiannya memeriksa meja dan beg para pelajar.    

            Azlina terpinga-pinga apabila sebuah dompet dikeluarkan dari beg sekolahnya. Pengawas tersebut kemudiannya menyerahkan dompet tersebut kepada guru disilplin. Azlina dituduh mencuri dompet Rashidah.  Dia kemudiannya dibawa ke pejabat Guru Besar.

Di dalam bilik tersebut, Azlina tidak mengaku mencuri. Dia menyatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang dompet  yang berada di dalam beg sekolahnya. Guru besar mengugut akan memanggil polis dan ibu bapa Azlina sekiranya dia masih enggan mengaku salah.  Dia juga tidak menangis.  Azlina memegang prisip, “Berani Kerana Benar, takut kerana salah.”

            Tiba-tiba , pintu pejabat Guru Besar diketuk.  Salmi meminta kebenaran  untuk masuk. Dia kemudiannya mengaku memasukkan dompet  Rashidah yang ditemuinya ke dalam beg Azlina. Salmi berbuat begitu kerana iri hati dengan kepandaian dan kecantikan Azlina.

            Guru Besar dan guru disilplin meminta maaf kerana menuduh Azlina mencuri.  Azlina bersyukur kerana berpegang teguh kepada prinsipnya.  Salmi berasa menyesal kerana cuba menganiayai Azlina. Dia  kemudiannya meminta  maaf.  Namun begitu , dia akan tetap dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan sekolah.

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

CONTOH KARANGAN 7

Peribahasa melayu ada menyatakan "Air yang tenang,Jangan Disangka Tiada Buaya’’

Tulis satu karangan peribahasa yang bertajuk “Air yang Tenang,Jangan Disangka Tiada Buaya’’

            Sabri, Halim dan Razali merupakan sahabat karib. Di sekolah, mereka bertiga amat dibenci kerana bersikap nakal dan suka menggangu orang lain.

            Di dalam kelas mereka, ada seorang pelajar lelaki bernama Ah Chong. Ah Chong merupakan pelajar yang pendiam dan tidak suka mencampuri hal rang lain.

            Pada suatu hari, semasa pulang dari sekolah. Sabri, Halim dan Razali berpakat untuk mengganggu Ah Chong. Tentu Ah Chong akan ketakutan apabila kita ganggu dia nanti’’, kata Sabri. “Seronoklah nanti dan bolehlah kita mempermainkan dia’’,tambah Razali. Mereka bertiga ketawa kegembiraan sambil menunggu Ah Chong.
            Semasa Ah Chong lalu di hadapan mereka, dia diganggu. Halim mengejek Ah Chong. Sabri mencampakkan beg sekolah Ah Chong ke dalam semak. Ah Chong hanya berdiri sambil menyuruh mereka mempermainkannya. Mereka terus mengganggu lebih-lebih lagi kerana Ah Chong tidak melawan.

            Ah Chong mula tidak sabar apabila Halim mengoyakkan buku sekolahnya. Dia menumbuk Halim. Razali yang cuba membantu telah ditendang oleh Ah Chong. Mereka ketakutan dan terus melarikan diri. Sabri tertawa melihat muka Halim yang membengkak. “Manalah aku tahu yang budak pendiam tu pandai karate’’,kata Halim. Itulah, “air yang tenang,jangan disangka tiada buaya’’. sampuk Razali pula. Selepas kejadian tersebut, mereka bertiga menyesal dan berazam tidak mengganggu orang lain lagi.

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

CONTOH KARANGAN 6

Peribahasa melayu ada menyatakan ‘Carik-carik bulu Ayam,Lama-lam bercantum juga’.

Tulis satu karangan bertajuk peribahasa carik-carik bulu Ayam, Lama-lama bercantum Juga’.

Hari Raya Puasa akan menjelang pada esok hari. Siti masih termenung di biliknya. Fikirannya berserabut antara ingin pulang ke kampung bertemu abangnya ataupun tidak.

Hubumgan mereka sebagai adik-beradik telah terputus. Segala-galanya bermula akibat berebutkan harta pusaka. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Akibatnya, mereka “berkerat rotan,berpatah arang”. Mereka bergaduh dan tidak pernah bertemu sejak dua tahun yang lalu.

            Siti telah membulatkan  tekad untuk berbaik-baik semula dengan abangnya. Pada pagi syawal itu, dia telah terpacak di depan pintu rumah abangnya. Dia memberi salam. Selang beberapa ketika, salamnya dijawab. Apabila pintu dibuka, Siti melihat abangnya berdiri sambil tersenyum .Siti terus mencium tangan abangnya.

            Di dalam rumah, Siti menangis sambil meminta maaf. Dia menyesali segala tindakannya yang lalu. Abangnya  turut  meminta  maaf. Mereka  saling bermaaf-maafan. Mereka berjanji akan membuang segala yang keruh dan mengambil yang jernih. Pada pagi yang mulia, kedua-dua adik-beradik tersebut telah berbaik semula bak kata pepatah,``Carik-carik bulu ayam, lama-lama bertemu juga’’. Pergaduhan antara mereka telah berakhir.

            Adik-beradik perlu saling bertolak ansur. Sekiranya terjadi sebarang pertelingkahan, perlulah diselesaikan segera agar tali persaudaraan akan berpanjangan.

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

CONTOH KARANGAN 5

Peribahasa Melayu ada menyatakanBelakang Parang Kalau Diasah Lagikan Tajam”

Tulis satu karangan peribahasa yang bertajuk  ‘Belakang parang kalau diasah lagikan tajam’.

            Zaki  merupakan  pelajar  tahun Dua . Dia lemah  dalam pelajarannya  dan sering mendapat tempat terakhir di dalam kelas. Ibu bapanya tidak suka akan zaki. Dia dianggap sebagai anak yang bodoh dan tidak boleh diajar.

            Ibu dan  ayah sering  memarahi  zaki. Abangnya yang bernama Nazri berasa kasihan melihat  keadaan zaki. Dia  bertekad   untuk  membantu  adiknya dalam  pelajaran. Nazri  percaya yang  dia boleh membantu  zaki. Baginya ,Belakang  parang  kalau diasah  lagikan  tajam. Dia  percaya  adiknya boleh  menjadi  pandai  jika  diajar secara  berterusan.

            Semenjak hari itu, Nazri  bersungguh-sungguh  mengajar  adiknya. Zaki  pula  berasa  amat  seronok   belajar  dengan  abangnya. Setiap hari ,zaki akan  membuat  kerja-kerja   sekolah  yang  diberikan  kepadanya . Dari  sehari  ke  sehari, Zaki semakin pandai. Ibu  bapanya  turut  gembira  apabila  melihat  perubahan diri  Zaki.

            Dalam peperiksaan  pertengahan  tahun, Zaki  berjaya  mendapat  tempat  ketiga. Guru  kelasnya  berasa  bangga  dengan  pencapaian Zaki. Dia  menasihati  murid-murid  lain agar  mengikut  jejak  langkah  Zaki  yang  tidak  pernah  jemu  berusaha.

            Kita juga  patut  berbangga  dengan  sikap Nazri  dan Zaki. Kita boleh berjaya  jika  percaya  pada  diri  sendiri. Orang  yang lemah  boleh  menjadi  pandai  jika  berusaha  bersungguh –sungguh  dan secara  berterusan .

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

CONTOH KARANGAN 4

Peribahasa Melayu ada menyatakan “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga”.

Tulis satu karangan berdasarkan peribahasa ``Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’’ .

            Pada suatu petang, Azmi sedang leka bermain dengan adiknya di halaman rumah. Tiba-tiba seorang anggota polis menghampiri mereka. ``Adik, boleh saya bertemu dengan ibu adik?’’ tanya anggota polis tersebut. ``Boleh,’’ jawab Azmi dengan gementar.

            Azmi kemudiannya memanggil ibunya. Anggota polis tersebut memberitahu ibu Azmi bahawa ayah Azmi mengalami kemalangan jalan raya. Ibu Azmi menjadi cemas dan kemudian menyuruh anak-anaknya bersiap-siap untuk ke hospital. Mereka ke hospital menaiki kereta peronda polis tersebut.
            Setibanya di hospital, doktor memberitahu ibu Azmi bahawa suaminya sudah meninggal dunia. Mereka bertiga berasa amat sedih. Azmi juga berasa takut mengenangkan nasib mereka sekeluarga yang tiada lagi tempat bergantung.

            Selang beberapa ketika, mereka bertiga menaiki teksi untuk pulang. Di dalam teksi, ibu Azmi tidak berhenti-henti mengenang nasib malang mereka sekeluarga. Setibanya mereka di hadapan rumah, mereka sekeluarga menjadi cemas dan terperanjat kerana rumah mereka sedang terbakar. Orang ramai cuba membantu memadamkan kebakaran. Namun, rumah itu musnah dijilat api.

            Ibu Azmi menangis teresa-esak. Sudahlah suaminya meninggal dunia, kini rumah mereka pula terbakar. Nasib malang menimpa keluarganya secara bertimpa-timpa seperti kata pepatah,``Sudah jatuh ditimpa tangga’’.



"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Wednesday 16 November 2011

CONTOH KARANGAN 3


Peribahasa  Melayu ada menyatakan ,”Sudah Terhantuk ,Baru Tergadah”.

Tulis satu cerita berdasarkan peribahasa “Sudah Terhantuk , Baru Tergadah ’’.

Samy tinggal bersama keluarganya di sebuah perkampungan setinggan. Berhampiran dengan kampung tersebut, terdapat landasan kereta api. Penduduk-penduduk Kampung menggunakan jejantas untuk menyeberangi  landasan tersebut. Jejantas itu dibina demi keselamatan penduduk – penduduk  kampung.

Samy memang nakal dan degil. Ibunya sering menasihati Samy agar menggunakan
Jejantas demi keselamatan dirinya. Ini adalah kerana sekolah Samy terletak di seberang Landasan tersebut . Namun begitu, Samy tidak mempedulikan nasihat ibunya. Baginya , menggunakan jejantas melambatkan perjalanannya ke sekolah.

Pada suatu pagi, Samy hendak melintas landasan untuk ke sekolah. Seperti biasa ,dia tidak menggunakan jejantas. Kali ini nasibnya malang. Samy tergelincir di atas landasan dan kakinya terseliuh. Dia tidak dapat berdiri. Tiba – tiba, kedengaran bunyi wisel kereta api. Samy menjadi sangat takut. Dia cuba bangun tetapi tidak berjaya.

Apabila membuka mata, Samy menyedari yang dia kini berada di hospital. Ibu bapanya berada di sisinya. Dia diberitahu yang kakinya telah dipotong.

Samy berasa menyesal kerana mengikari nasihat  ibunya. Jika tidak, tentu  dia  tidak kudung.  Namun, segalanya sudah terlewat, bak kata pepatah ,Sudah terhantuk, baru tergadah’’. Oleh itu , kita perlulah mendengar nasihat ibu bapa agar tidak menyesal di kemudian hari.

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Monday 14 November 2011

CONTOH KARANGAN 2


Peribahasa Melayu ada menyatakan, ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang,Yang Di Kendong Berciciran’.

Tulis satu karangan yang bertajuk ‘Yang Dikejar Tak Dapat,Yang Di Dikendong Berciciran’.

Pada suatu petang, Azli pergi  ke hujung  kampung. Dia membawa  peralatan  untuk  menangkap rama-rama.Dia ingin  menangkap  rama-rama untuk  projek sainsnya.

Di  sana, Azli  melihat  rama -rama  berterbangan. Azli  menggunakan  jaring  dan mengejar  rama-rama  tersebut. Dalam  masa setengah jam, Azli  berjaya  menangkap  dua  ekor  rama-rama.Rama-rama  itu  agak cantik  dan  berwarna-warni. Azli  memasukkan  rama-rama  tersebut  ke  dalam  bekas  cantik. 

Azli  semakin  seronok  menangkap rama-rama. Kini,dia  berjaya  menangkap  sepuluh ekor rama-rama. Azli  mula   bercadang  untuk  pulang  ke rumah.Tiba-tiba, Azli  terlihat  seekor  rama-rama  yang  besar dan  sungguh  cantik. Azli mula  berasa tamak. Dia juga menunjuk –nunjuk  hasilnya  kepada  rakan-rakannya  yang  lain.

Rama –rama  itu hinggap pada  ranting . Azli  cuba  menangkapnya  tetapi tidak berjaya. Azli  mengejarnya  dengan  perasaan geram.Tiba-tiba, kakinya tersangkut  pada  sebatang  kayu. Azli  terjatuh  dan  bekas  plastiknya   tercampak. Kesemua rama-rama  yang  ada di  dalamnya  terlepas  keluar.

Azli berasa kecewa  kerana  tidak  dapat  membawa  pulang  walau  seekor  rama-rama pun. Dia  menceritakannya hal tersebut  kepada  ibu. Ibu  tersenyum  kerana  peristiwa  tersebut tak ubah seperti cerita anjing dengan bayang-bayang. ``Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’’ , kata ibu kepada Azli. Ibu juga menasihati Azli agar tidak lagi bersikap sedemikian.

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Sunday 13 November 2011

CONTOH KARANGAN 1


Peribahasa  Melayu ada menyatakan “Sudah dapat ganding bertuah,Tanduk tiada berguna lagi”.

 Tulis satu cerita berdasarkan peribahasa "Sudah dapat gading bertuah,Tanduk  tidak berguna lagi".
Intan dan Ros merupakan dua orang sahabat karib. Mereka belajar dalam kelas yang sama. Rumah mereka juga berdekatan  antara satu sama lain. Setiap hari, mereka akan belajar dan bermain bersama-sama.

            Pada suatu hari, Cikgu Aminah memperkenalkan seorang pelajar baru kepada murid- muridnya. Namanya Maria ,Maria cantik, bijak dan orang berada . Ros mula berminat untuk  berkenalan dengan Maria .Pada waktu rehat, Ros telah berkenalan dengan Maria di kantin.

            Semenjak hari itu, Ros dan Maria  menjadi kawan rapat. Mereka sering belajar bersama-sama. Ros amat menyukai Maria, lebih- lebih lagi kerana Maria sering membelikannya makanan pada waktu rehat. Hubungan Intan dan Ros pula menjadi semakin renggang.

            Ros tidak lagi belajar dan bermain –main dengan Intan. Intan pernah mengajak Ros belajar bersama- sama tetapi Ros menolak . Intan berasa sangat kecil hati dan berkata, “ dulu kita sering belajar bersama-sama”. “Dulu lain, sekarang lain”, balas Ros. Intan berasa amat kecewa dengan perubahan sikap Ros.

            Intan menyedari yang Ros bersikap begitu kerana sudah dapat ganding bertuah,tanduk tiada berguna lagi'’. Namun begitu, Intan bersyukur kerana telah mengetahui perangai sebenar rakannya itu. Dia berharap rakan-rakannya yang lain tidak bersikap seperti Ros.



"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Peribahasa


 
Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu. Peribahasa dalam bahasa Malaysia terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:
§      Simpulan Bahasa
§      Perumpamaan
§      Bidalan
§      Pepatah
§      Kata-kata hikmat

Pada umumnya, peribahasa mengandungi falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi. Oleh itu, peribahasa dapat digunakan sebagai pedoman hidup yang berhikmat besar.Peribahasa juga sering digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan.

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Saturday 12 November 2011

PANTUN



Pantun merupakan satru kelompok daripada lembah kesusasteraan Malayu lama yang sangat menarik dan unggul. Keunikan pantun terbentuk kerana wujudnya ciri-ciri istimewa yang ada di dalam bahasa Melayu. Pantun adalah satu variasi daripada seni pengucapan yang sangat mengkagumkan. Ianya mencerminkan kepekaan dan kreativiti tinggi yang dimiliki oleh masayarakat tradisional Melayu lama. Pantun mengandungi nilai-nilai moral yang tinggi sebagai asas kehidupan yang wajar dicontohi oelh generasi muda.


"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

KATA-KATA HIKMAT


Kata-kata hikmat ialah ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran atau falsafah yang berguna sebagai pedoman hidup. Biasanya, kata-kata hikmat sering digunakan orang sebagai cogan kata atau kiasan dalam pertuturan dan penulisan

Bahasa jiwa bangsa – Bahasa ialah semangat sesuatu bangsa; bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa
Bahasa menunjukkan bangsa – Daripada pertuturan seseorang itu dapat diketahui asal keturunannya
Bertangguh itu pencuri masa – Kerja bertangguh sentiasa merugikan diri sendiri.
Bersatu teguh, berceri roboh – Persefahaman dalam satu kumpulan dapat mendatangkan kejayaan manakala perbalahan pula dapat mendatangkan perpecahan sesama sendiri.
Bersekutu bertambah mutu – Perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat yang berbilang bangsa dapat menjamin keamanan negara dan keharmonian hidup.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni – Bersama-sama membuat pekerjaan yang susah dan senang.
Hidup ini adalah satu perlumbaan – Kehidupan kita ini sentiasa penuh dengan pelbagai cabaran.
Hilang bahasa lenyaplah bangsa – Jika sesuatu bahasa itu pupus, maka pupuslah bangsa itu.
Ilmu itu pelita hati – Ilmu merupakan cahaya yang menerangi kehidupan seseorang.
Kata itu kota – Setiap janji hendaklah ditunaikan
Masa itu emas – Masa itu sangat berharga
Membaca jambatan ilmu – Tabiat membaca dapat membantu kita memperoleh atau menambah ilmu pengetahuan
Minum air terasa duri – Melakukan pekerjaan yang mudah pun terasa sukar
Muafakat itu berkat – Sikap bekerjasama atau seia sekata banyak membawa faedah kepada semua pihak.
Pandu cermat jiwa selamat – Memandu dengan berhati-hati supaya semua pihak selamat.
Rajin bekerja mudah belanja – Jika kita rajin bekerja akan mendapat hasil yang banyak unt

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"