I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 14 December 2011

Friday 9 December 2011

Kepada Semua Rakan-Rakan....



Salam 1Malaysia buat semua: Blog ini mengandungi matapelajaran yang saya ajar di SK Sungai Passin, Daro bagi tahun 2011. Dalam blog ini, terdapat Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5 dan Tahun 1  manakala Kajian Tempatan untuk Tahun 5. Turut diselitkan dalam blog ini juga ialah Peribahasa Melayu berserta dengan latihan-latihan berunsurkan peribahasa. Dengan harapan yang besar agar perkongsian ilmu  ini dapat mencetuskan idea yang lebih bernas kepada kita semua…

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Persediaan Mengajar (4) Kajian Tempatan Tahun 5

Rancangan Pelajaran 4 : Cuaca dan iklim di Malaysia. Ciri iklim di Malaysia.
PERSEDIAAN MENGAJAR  KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Mata  pelajaran: Kajian Tempatan
Tahun              : 5 A
Masa                : 1130-1230
Unit                 : 2
Tema               : Mengenal Negara Kita
Topik               : Cuaca dan iklim di Malaysia
Subtopik          : Ciri iklim di Malaysia
Objektif pembelajaran: Mengetahui cuaca, iklim di Malaysia dan luar negara.
Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat:
a.       Kognitif.
i.        Menyatakan iklim khatulistiwa
ii.      Menjelaskan ciri iklim di Malaysia.

b.      Afektif
i.        Menggunakan bahasa yang bersopan santun dan mengamalkan nilai  
      murni bekerjasama semasa aktiviti perbincangan kumpulan.
ii.   Berbangga dengan iklim  di Negara kita.
iii.    Menunjukkan rasa kesyukuran dapat menikmati iklim yang selesa sepanjang tahun.

c.       Psikomotor
i.        Berbincang secara aktif dalam kumpulan masing-masing.
ii.      Bergerak aktif semasa aktiviti luar kelas (Mencatat suhu menggunakan termometer)



Bahan, peralatan dan Bahan sumber:
i.                    Kad perkataan
ii.                  Peta dunia
iii.                Jangka suhu
iv.                Peta kosong Malaysia
v.                  Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada:
i.                    Murid menikmati iklim khatulistiwa di Malaysia. (hujan sepanjang tahun dan pancaran matahari yang berterusan).



Prosedur Pelaksanaan
(Masa)

Elemen Pengurusan
Pembelajaran Bestari/
Kemahiran Generik
Catatan
(Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar/
Unsur Patriotisme/
Sumber P&P)

Set Induksi ( 5 minit )

1.      Guru membawa murid keluar dari kelas(kawasan lapang/bawah pokok)
2.      Guru menyoal murid tentang apa yang dirasa jika berada di kawasan lapang atau bawah pokok.
3.      Guru menerangkan bahawa unsur cuaca terdiri daripada suhu, angin dan hujan.




Kecerdasan pelbagai:linguistik

Kemahiran mendengar






Penerapan nilai alam sekitar



Langkah 1 ( 5  minit )

     1. Guru meminta murid melihat peta 2.6  halaman 20 buku teks yang menunjukkan purata suhu bulanan di beberapa bandar di Malaysia. (kemahiran belajar)
     2.Murid diminta menyatakan suhu bulanan bandar raya Alor Setar dan Kuching.
    3. Guru menerangkan bahawa perbezaan suhu bulanan di bandar-bandar tersebut dipengaruhi oleh suhu, angin dan hujan.




Kemahiran mencari maklumat

Inkuiri penemuan

Kemahiran belajar


Kecerdasan
Visual-ruang



Kad perkataan


Peta dunia


Buku teks

Langkah 2 ( 10 minit )

     1. Guru meminta murid merujuk buku teks halaman       21-24 tentang ciri iklim khatulistiwa, iaitu suhu, angin dan hujan. (kemahiran belajar)
     2Guru menerangkan iklim khatulistiwa boleh dikaji daripada aspek suhu, angin dan hujan.
     3. Dengan menggunakan kad perkataan, guru menunjukkan ciri tersebut.



Kemahiran mendengar


Kemahiran mentafsir





Kad perkataan

Buku teks

Penerapan Unsur patriotisme




Langkah 3 ( 10 minit )

     1.Guru meminta murid mengkaji ciri iklim, iaitu suhu dengan merujuk buku teks halaman 20.(Inkuiri penemuan)
     2. Guru mengedarkan lembaran kerja.



Kecerdasan interpersonal






Kad perkataan

Lembaran kerja



Langkah 4 (15 minit)

     1.Guru mengedarkan peta kosong Malaysia.

     2. Murid diminta melabelkan jenis tiupan angin dengan merujuk buku teks halaman 20. Guru membimbing murid untuk menjawab soalan.

     3. Guru memilih murid secara rawak untuk membentangkan jawapan di hadapan kelas.




(kecerdasan pelbagai: Visual ruang)


(Kemahiran kontekstual)






Peta kosong Malaysia



Langkah 5 (10 minit)

     1. Guru mempamerkan jangka suhu (termometer) dan menerangkan penggunaan alat tersebut.
      2. Murid diminta mencatatkan suhu di dalam kelas dan di kawasan lapang menggunakan termometer. (kaedah kontruktivisme).

Pemulihan/pengayaan




Kemahiran mendengar

Kemahiran mencatat nota


Termometer

Borang lembaran kerja

Penutup ( 5 minit )

1.      Guru merumuskan topik pelajaran tentang konsep dan ciri iklim khatulistiwa.





Kemahiran mendengar

Kemhiran mengingat

Kemahiran mencatat maklumat





Peta Malaysia(Tiupan angin)
(Rumusan isi pelajaran)

Nilai kerjasama
Kesyukuran


Refleksi:
Kelemahan
Pada hari ini saya telah mengadakan pengajaran di luar kelas. Saya cuba mengaplikasikan pengajaran teori di dalam kelas ke dalam suasana yang sebenar. Sepanjang pengajaran, saya lebih memfokuskan kawalan kelas. Nampaknya, suasana pengajaran sedikit terganggu kerana ada murid – murid yang bermain dan merayau. Walaupun suasana kawalan kelas agak terganggu, namun pengajaran di luar kelas adalah lebih berkesan kerana pengajaran seperti ini adalah pengajaran yang lebih realiti kerana dijalankan di dalam suasana yang sebenar.

Kekuatan
Murid sangat berminat terhadap pelajaran hari ini. Kerjasama daripada murid juga sangat baik. Kepelbagaian aktiviti turut melancarkan P&P yang dijalankan. Teguran tegas oleh saya terhadap murid yang menimbulkan gangguan tanpa menyinggung perasaan murid telah meredakan gangguan kelas seterusnya P&P berjalan seperti yang dirancang.

Cadangan mengatasi kelemahan
Saya akan menggunakan cara pengajaran seperti ini di masa akan datang apabila tajuk yang diajar memerlukan saya membuat sedemikian. Ini kerana pengajaran menggunakan cara ini adalah lebih menarik dan lebih mudah untuk difahami kerana murid – murid belajar dalam suasana yang sebenar. Namun begitu, keadaan kelas yang tidak teratur boleh mengganggu kelancaran kelas. Oleh yang demikian, semasa menjalankan aktiviti seperti ini, saya akan lebih tegas lagi.
                 



"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Persediaan Mengajar (3) Kajian Tempatan Tahun 5

Rancangan Pelajaran 3: Bentuk Muka Bumi. Pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia.
PERSEDIAAN MENGAJAR  KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Mata  pelajaran:Kajian Tempatan
Tahun              : 5 A
Masa                : 1130-1230 (1 jam)
Unit                 : 1
Tema               : Mengenal Negara Kita
Topik               : Geografi fizikal. Bentuk muka bumi
Subtopik          : Tanah tinggi, tanah pamah, sungai, pinggir laut dan pulau
Objektif pembelajaran: Mengenal pasti bentuk muka bumi dan kepentingannya.
Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat:
a. Kognitif.
i.                    Menyenaraikan bentuk muka bumi Malaysia
ii.                  Menerangkan kepentingan tanah tinggi, kepulauan Malaysia

b.      Afektif
i.  Menggunakan bahasa yang bersopan santun dan mengamalkan nilai  
   murni bekerjasama semasa aktiviti perbincangan kumpulan.
ii.Berbangga dengan kepelbagaian bentuk muka bumi di Malaysia.
c.       Psikomotor
i.        Berbincang secara aktif dalam kumpulan masing-masing.
ii.      Menyanyikan lagu Gunung Kinabalu dengan penuh semangat.

Bahan, peralatan dan Bahan sumber:
i.                    Peta muka bumi Malaysia
ii.                  Seni kata lagu Gunung Kinabalu
iii.                Kad perkataan
iv.                Komputer riba
v.                  Borang pengurusan grafik
vi.                Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada:
i.              Murid telah mengetahui dan memahami jenis-jenis muka bumi di dunia berdasarkan nota ringkas dan penerangan guru.
ii.            Murid telah mengetahui kepentingan bentuk muka bumi berdasarkan contoh yang diberi oleh guru.
iii.           Murid telah mempelajari pelbagai bentuk muka bumi pada pelajaran yang lepas.



Prosedur Pelaksanaan
(Masa)

Elemen Pengurusan
Pembelajaran Bestari/
Kemahiran Generik
Catatan
(Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar/
Unsur Patriotisme/
Sumber P&P)

Set Induksi ( 5 minit )

     1. Guru dan murid menyanyikan lagu Gunung Kinabalu berdasarkan seni kata yang dipamerkan sambil mendengar muzik dari komputer riba.
     2.Murid diminta meneliti seni kata lagu tersebut.
     3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang Gunung Kinabalu dan gunung-gunung lain yang murid tahu.
     4. Guru mengaitkan topik pelajaran hari ini iaitu bentuk muka bumi Malaysia.





Kemahiran mendengar

(Kecerdasan pelbagai: Muzik)


(Kaedah kontekstual)




Komputer riba

Seni kata lagu

Langkah 1 ( 10 minit )

     1.  Murid diminta merujuk gambar tema bentuk muka bumi di halaman 9 (buku teks)
     2.  Guru menerangkan konsep bentuk muka bumi di negara kita seperti tanah tinggi, tanah pamah, sungai, pinggir laut dan pulau. (kaedah kontruktivisme)
    3.Berdasarkan pengalaman sedia ada, murid menamakan beberapa bentuk muka bumi di kawasan tempat tinggal mereka.. (kaedah konstruktivisme)




Kemahiran mencatat nota

Kemahiran belajar

Kecerdasan
Visual-ruang



Kad perkataan


Peta dunia

Buku teks


Langkah 2 ( 10 minit )

    1. Guru menyediakan peta kosong malaysia di papan hitam.
     2. Murid meminta mencari maklumat berdasarkan peta muka bumi yang terdapat di halaman 10-17.Buku teks.
     3. Pada peta kosong Malaysia yang disediakan, murid diminta melabelkan tanah tinggi, tanah pamah, sungai, pulau dan pinggir laut. (kaedah kontekstual)




Kemahiran mencari maklumat



Kemahiran mengingat



Peta Malaysia


Buku teks

Penerapan Unsur patriotisme




Langkah 3 ( 15 minit )

    1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. (kaedah koperatif).
     2.Guru meminta kumpulan tersebut mencatatkan maklumat berdasarkan borang pengurusan grafik.




Kecerdasan interpersonal

Kaedah koperatif



Kad perkataan

Peta Malaysia

Borang pengurusan grafik

Langkah 4 (15 minit)

    1.Wakil kumpulan akan membentangkan hasil tugasan.
    2. Murid lain diminta mengisi maklumat dalam lembaran kerja yang disediakan oleh guru.
    3. Guru memantau maklumat yang diberikan oelh murid dan memberikan penerangan lanjut tentang bentuk muka bumi Malaysia. Pemulihan/pengayaan


(kecerdasan pelbagai: Linguistik)

(kemahiran belajar)

Kemahiran mencatat maklumat



Peta Kosong Asia Tenggara


Kad perkataan

Penutup ( 5 minit )

1.      Guru merumuskan topik pelajaran dengan mengimbas kembali konsep bentuk muka bumi Malaysia.





Kemahiran mendengar


Kemahiran mencatat nota




Peta Malaysia
(Rumusan isi pelajaran)

Nilai kerjasama

Lembaran kerja




Refleksi:
Kelemahan
Penulisan objektif  pelajaran di mana langkah dan aktiviti murid dalam kelas perlu  disesuaikan dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.   Dalam P & P yang saya jalankan pada hari tersebut, saya masih  lagi gagal menguasai masa  dengan baik yang mana saya   terpaksa mengambil masa selepas loceng berbunyi untuk  membuat penutup bagi Sesi P & P saya. Penulisan objektif  pelajaran dilihat kurang sesuai di mana langkah dan aktiviti murid dalam kelas perlu  disesuaikan dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Ini kerana murid-murid yang lemah lambat mengikuti isi pelajaran dan ketinggalan daripada murid-murid yang mempunyai tahap kognitif yang baik dan sederhana baik.  Pada masa yang sama, objektif pelajaran perlulah spesifik kerana apa yang telah saya buat selama ini terlalu umum objektif pelajarannya.

Kekuatan
                        Saya berjaya mewujudkan kesediaan pelajar dalam nyanyian lagu Sabah. Sepanjang sesi P & P dijalankan,  murid – murid sangat aktif dan memberi respon yang baik. . Ini kerana  mereka terhibur dengan proses pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, kawalan kelas dikira agak baik memandangkan murid-murid tahun 5 dapat mendengar arahan  dengan baik. Penerapan nilai, teguran terhadap penggunaan bahasa ibunda, interaksi dua hala juga telak saya laksanakan. Untuk bahagian-bahagian ini, saya perlu mengekalkan dan mempertingkat lagi apa yang sudah ada. Kerjasama kumpulan semasa melakukan aktiviti juga dilakukan dengan baik dan teratur.

Cara mengatasi kelemahan
                  Saya akan menyediakan rancangan mengajar yang mempunyai objektif pembelajaran yang lebih jelas dan tepat, spesifik dan eksplisit. Aktiviti yang dijalankan selepas ini akan mengikut asas kebolehan murid-murid(aras tinggi, sederhana dan rendah). Saya juga akan menggalakkan murid terlibat secara menyeluruh dalam bilik darjah.            Saya akan memastikan Proses P & P saya yang akan datang dapat diselesaikan         dengan teratur dan terancang. saya akan memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti    yang disediakan sebagai lembaran kerja kepada murid- murid Menekankan lagi kualiti pembelajaran di dalam kelas.

               

















"MEMBACA JAMBATAN ILMU"