Rancangan Pelajaran 4 : Cuaca dan iklim di Malaysia. Ciri iklim di Malaysia.
PERSEDIAAN MENGAJAR KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Mata pelajaran: Kajian Tempatan
Tahun : 5 A
Masa : 1130-1230
Unit : 2
Tema : Mengenal Negara Kita
Topik : Cuaca dan iklim di Malaysia
Subtopik : Ciri iklim di Malaysia
Objektif pembelajaran: Mengetahui cuaca, iklim di Malaysia dan luar negara.
Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat:
a. Kognitif.
i. Menyatakan iklim khatulistiwa
ii. Menjelaskan ciri iklim di Malaysia.
b. Afektif
i. Menggunakan bahasa yang bersopan santun dan mengamalkan nilai
murni bekerjasama semasa aktiviti perbincangan kumpulan.
ii. Berbangga dengan iklim di Negara kita.
iii. Menunjukkan rasa kesyukuran dapat menikmati iklim yang selesa sepanjang tahun.
c. Psikomotor
i. Berbincang secara aktif dalam kumpulan masing-masing.
ii. Bergerak aktif semasa aktiviti luar kelas (Mencatat suhu menggunakan termometer)
Bahan, peralatan dan Bahan sumber:
i. Kad perkataan
ii. Peta dunia
iii. Jangka suhu
iv. Peta kosong Malaysia
v. Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada:
i. Murid menikmati iklim khatulistiwa di Malaysia. (hujan sepanjang tahun dan pancaran matahari yang berterusan).
Prosedur Pelaksanaan (Masa) | Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/ Kemahiran Generik | Catatan (Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar/ Unsur Patriotisme/ Sumber P&P) |
Set Induksi ( 5 minit ) 1. Guru membawa murid keluar dari kelas(kawasan lapang/bawah pokok) 2. Guru menyoal murid tentang apa yang dirasa jika berada di kawasan lapang atau bawah pokok. 3. Guru menerangkan bahawa unsur cuaca terdiri daripada suhu, angin dan hujan. | Kecerdasan pelbagai:linguistik Kemahiran mendengar | Penerapan nilai alam sekitar |
Langkah 1 ( 5 minit ) 1. Guru meminta murid melihat peta 2.6 halaman 20 buku teks yang menunjukkan purata suhu bulanan di beberapa bandar di Malaysia. (kemahiran belajar) 2.Murid diminta menyatakan suhu bulanan bandar raya Alor Setar dan Kuching. 3. Guru menerangkan bahawa perbezaan suhu bulanan di bandar-bandar tersebut dipengaruhi oleh suhu, angin dan hujan. | Kemahiran mencari maklumat Inkuiri penemuan Kemahiran belajar Kecerdasan Visual-ruang | Kad perkataan Peta dunia Buku teks |
Langkah 2 ( 10 minit ) 1. Guru meminta murid merujuk buku teks halaman 21-24 tentang ciri iklim khatulistiwa, iaitu suhu, angin dan hujan. (kemahiran belajar) 2Guru menerangkan iklim khatulistiwa boleh dikaji daripada aspek suhu, angin dan hujan. 3. Dengan menggunakan kad perkataan, guru menunjukkan ciri tersebut. | Kemahiran mendengar Kemahiran mentafsir | Kad perkataan Buku teks Penerapan Unsur patriotisme |
Langkah 3 ( 10 minit ) 1.Guru meminta murid mengkaji ciri iklim, iaitu suhu dengan merujuk buku teks halaman 20.(Inkuiri penemuan) 2. Guru mengedarkan lembaran kerja. | Kecerdasan interpersonal | Kad perkataan Lembaran kerja |
Langkah 4 (15 minit) 1.Guru mengedarkan peta kosong Malaysia. 2. Murid diminta melabelkan jenis tiupan angin dengan merujuk buku teks halaman 20. Guru membimbing murid untuk menjawab soalan. 3. Guru memilih murid secara rawak untuk membentangkan jawapan di hadapan kelas. | (kecerdasan pelbagai: Visual ruang) (Kemahiran kontekstual) | Peta kosong Malaysia |
Langkah 5 (10 minit) 1. Guru mempamerkan jangka suhu (termometer) dan menerangkan penggunaan alat tersebut. 2. Murid diminta mencatatkan suhu di dalam kelas dan di kawasan lapang menggunakan termometer. (kaedah kontruktivisme). Pemulihan/pengayaan | Kemahiran mendengar Kemahiran mencatat nota | Termometer Borang lembaran kerja |
Penutup ( 5 minit ) 1. Guru merumuskan topik pelajaran tentang konsep dan ciri iklim khatulistiwa. | Kemahiran mendengar Kemhiran mengingat Kemahiran mencatat maklumat | Peta Malaysia(Tiupan angin) (Rumusan isi pelajaran) Nilai kerjasama Kesyukuran |
Refleksi:
Kelemahan
Pada hari ini saya telah mengadakan pengajaran di luar kelas. Saya cuba mengaplikasikan pengajaran teori di dalam kelas ke dalam suasana yang sebenar. Sepanjang pengajaran, saya lebih memfokuskan kawalan kelas. Nampaknya, suasana pengajaran sedikit terganggu kerana ada murid – murid yang bermain dan merayau. Walaupun suasana kawalan kelas agak terganggu, namun pengajaran di luar kelas adalah lebih berkesan kerana pengajaran seperti ini adalah pengajaran yang lebih realiti kerana dijalankan di dalam suasana yang sebenar.
Kekuatan
Murid sangat berminat terhadap pelajaran hari ini. Kerjasama daripada murid juga sangat baik. Kepelbagaian aktiviti turut melancarkan P&P yang dijalankan. Teguran tegas oleh saya terhadap murid yang menimbulkan gangguan tanpa menyinggung perasaan murid telah meredakan gangguan kelas seterusnya P&P berjalan seperti yang dirancang.
Cadangan mengatasi kelemahan
Saya akan menggunakan cara pengajaran seperti ini di masa akan datang apabila tajuk yang diajar memerlukan saya membuat sedemikian. Ini kerana pengajaran menggunakan cara ini adalah lebih menarik dan lebih mudah untuk difahami kerana murid – murid belajar dalam suasana yang sebenar. Namun begitu, keadaan kelas yang tidak teratur boleh mengganggu kelancaran kelas. Oleh yang demikian, semasa menjalankan aktiviti seperti ini, saya akan lebih tegas lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.