PERSEDIAAN MENGAJAR KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Rancangan Pelajaran 1 : Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.
Mata pelajaran:Kajian Tempatan
Tahun : 5 A
Masa : 1130-1230 (1 jam)
Unit : 1
Tema : Mengenal Negara Kita
Topik : Lokasi Malaysia
Subtopik : Di Asia Tenggara
Objektif pembelajaran: Mengenal lokasi Malaysia di Asia Tenggara serta negara-negara
di Asia Tenggara.
Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat:
a. kognitif.
i. Menyatakan kedudukan Malaysia pada peta Asia Tenggara.
ii. Menyenaraikan negara di Asia Tenggara yang berjiran dengan Malaysia.
iii. Melabelkan kedudukan Malaysia pada peta Asia Tenggara
b. Afektif
i. Menggunakan bahasa yang bersopan santun dan mengamalkan nilai murni bekerjasama semasa aktiviti perbincangan kumpulan.
ii. Menunjukkan rasa bersyukur dan berbangga dengan lokasi negara kita yang strategik.
c. Psikomotor
i. Berbincang secara aktif dalam kumpulan masing-masing.
ii. Menunjuk semula kedudukan Malaysia pada peta dengan tepat
Bahan, peralatan dan Bahan sumber:
i. Kompas
ii. Peta Asia Tenggara
iii. Peta Asia
iv. Kad Perkataan
Pengetahuan sedia ada:
i. Murid-murid telah mempelajari tentang arah mata angin dalam sukatan Kajian Tempatan Tahun Empat.
Prosedur Pelaksanaan (Masa) | Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/ Kemahiran Generik | Catatan (Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar/ Unsur Patriotisme/ Sumber P&P) |
Set Induksi ( 5 minit )
| Kemahiran mendengar Kemahiran mengingat | kompas |
Langkah 1 ( 5 minit ) 1. Guru menerangkan kegunaan mata angin adalah untuk menentukan kedudukan tempat. 2. Guru menunjukkan sebuah kompas dan menerangkan penggunaannya. 3. Kad perkataan yang mengandungi nama arah mata angin. 4. Guru memilih murid seterusnya meminta murid yang terpilih melekatkan kad perkataan pada tempat yang betul di atas arah mata angin. | Kemahiran mencatat nota Kemahiran mengingat Kecerdasan Visual-ruang | Kad perkataan |
Langkah 2 ( 10 minit )
| Kecerdasan Visual-ruang Kemahiran mendengar | Peta Asia Penerapan Unsur patriotisme |
Langkah 3 ( 10 minit )
Contoh soalan:Dengan menggunakan mata angin, nyatakan kedudukan Negara di utara, selatan, barat dan timur Malaysia. Jawapan: Negara di utara ialah Thailand. 4. Guru memberikan penerangan lanjut tentang kedudukan Malaysia di atas benua Asia. | Kecerdasan interpersonal Kemahiran mengkaji maklumat Mentafsir peta | Kad perkataan Peta Asia |
Langkah 4 (10 minit) 1. Guru menerangkan terdapat beberapa Negara yang berjiran dengan Negara Malaysia. 2. Guru meminta murid meneliti semula peta Asia Tenggara yang menunjukkan negara serta kedudukan negara yangberjiran dengan negara Malaysia. (inkuiri penemuan). 3. Guru mempamerkan peta kosong Asia Tenggara di papan hitam. 4. Guru meminta murid menampal kad perkataan pada peta kosong Asia Tenggara. (Kemahiran berfikir) 5. Murid meminta murid lain memantau jawapan rakan mereka. (kemahiran belajar) | Kemahiran Belajar | Peta Kosong Asia Tenggara Kad perkataan |
Langkah 5 (15 minit) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk melihat pemahaman murid. (kaedah kontruktivisme) . Perbincangan kumpulan. Pemulihan/pengayaan | Kemahiran mengingat Kemahiran belajar | Lembaran kerja |
Penutup ( 5 minit )
a. Latihan dalam lembaran kerja | Kemahiran mendengar | Peta Asia dan Peta Asia Tenggara (Rumusan isi pelajaran) Nilai kerjasama Lembaran kerja |
Refleksi:
Kelemahan
Dalam sesi P & P yang diadakan, saya banyak menggunakan teknik soaljawab. Namun, teknik saya tidak begitu berkesan kerana lebih banyak berpusatkan kepada pengajaran guru. Ini disebabkan murid-murid masih kurang mengingati arah mata angin. Murid – murid tidak dapat menguasai 100% isi pelajaran. Hanya sebilangan kecil murid – murid yang melibatkan diri secara aktif. Sebilangan murid kurang memberi tumpuan. Murid juga kurang bertanya. Mereka hanya bersuara apabila diminta untuk menjawab soalan. Dapat disimpulkan tahap penguasaan murid – murid amat rendah dalam mata pelajaran ini. Murid –murid juga dilihat tidak dapat mengingat negara-negara jiran Malaysia seperti yang telah dipelajari sebelum ini. Penggunaan kaedah inkuiri penemuan(biarkan murid-murid mengenal pasti negara jiran) juga agak lemah. Secara keseluruhan , teknik pengajaran saya hari ini lebih kepada berpusatkan guru kerana banyak penerangan daripada saya berbanding tindak balas daripada murid.
Kekuatan
Pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar seperti kompas, peta dan kad perkataan sangat menyeronokkan untuk murid-murid. Selain terhibur dan dapat memahami isi pelajaran dengan jelas dan mudah, murid – murid juga terdedah dengan kemahiran menggunakan kompas dengan cara yang betul. Sesi P&P di luar kelas juga memberi kesegaran kepada murid-murid dan mudah merangsang minda mereka. Apabila murid – murid sudah dapat menerima dan menjalankan aktiviti seperti yang saya arahkan serta dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa proses P & P(selepas ditegur), ini adalah satu petunjuk bahawa kawalan kelas saya berada pada tahap yang baik.
Cadangan mengatasi kelemahan
Dalam sesi P & P untuk hari ini saya merasakan bahawa kesediaan murid – murid untuk meneruskan sesi P & P adalah amat penting bagi mengelakkan suasana yang pasif semasa sesi pembelajaran diadakan. Guru perlulah pandai membangkitkan mood dan kesediaan murid – murid. Saya perlu menyediakan diri saya terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas. Saya perlu menganalisa setiap tahap murid – murid supaya saya mudah menyampaikan isi dan kandungan pelajaran kepada murid – murid berdasarkan tahap perkembangan mereka. Saya berazam akan cuba menukar cara pengajaran dan pembelajaran saya dengan murid supaya menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna selepas ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.