I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 9 December 2011

Rancangan Mengajar harian Bahasa Melayu Tahun 1

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TAHUN 1
Mata Pelajaran                                    :           BAHASA MELAYU
Tema                                                     :           MAKANAN
Tajuk Pengajaran                                 :           BUAH - BUAHAN
Tarikh                                                    :           9 NOVEMBER 2010
Masa                                                    :           9.30 – 10.00 PAGI
Tahun                                                    :           1 CEMPAKA
Bilangan Murid                                    :           15 ORANG

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;

i.          Murid dapat mengenal dan menamakan buah – buahan secara lisan.
ii.          Mengeja dan menyebut suku kata dan perkataan  dengan betul.
iii.         Murid dapat menulis perkataan dengan  betul berdasarkan gambar.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid – murid telah mengenali buah –    buahan dalam kehidupan seharian mereka.
Bahan Bantuan Pengajaran : Kad imbasan, kad perkataan, kad suku kata, bahan maujud.                                              
Sistem bahasa                        : Tatabahasa  
Kosa kata                                : Nama buah – buahan .
Cth :     tembikai,manggis      
Ilmu                                                     :  Sains, Muzik dan Matematik
Nilai Murni                               :  Bersyukur, bersih, menghargai      
Kemahiran bernilai tambah (KBT)      :           Kontekstual


LANGKAH
ISI PENGAJARAN
KAEDAH PENYAMPAIAN

Set Induksi
(5 Minit )


  • Teka teki
  • Meneka objek
    

  • Guru memberikan teka – teki  beserta dengan meneka benda dalam kotak ajaib dan murid menjawab.

Langkah 1
(5 Minit )

  • Tembikai
  • Pisang
  • Oren
  • Epal

  • Murid menamakan pelbagai jenis buah – buahan yang mereka tahu.
  • Guru mempamerkan gambar buah – buahan dan murid menamakannya.

Langkah 2
(5 Minit )

  • Tembikai
  • Pisang
  • Oren
  • Epal

  • Guru meminta seorang murid mengeja nama buah berdasarkan gambar.
  • Latih tubi mengeja perkataan secara kelas, kumpulan dan individu.

Langkah 3
(10 Minit)

  • Guru melekatkan petikan pada papan tulis
  • Guru mengedarkan lembaran kerja
  • Murid diminta menulis ayat berdasarkan gambar
  • Menghitung buah
  • Alex  apa rasa buah yang anda makan tadi ?

  • Guru membimbing murid membaca petikan beramai-ramai.
  • Guru mengedarkan lembaran kerja
  • Guru bertanya berapa jumlah buah yang ada.
  • Guru memotong buah dan meminta murid – murid merasai.
  • Guru bersoal jawab dengan murid.

Penutup
( 5 Minit )

Rambutan duku langsat durian juga manggis x2
Buah-buah tempatan yang manis yang manis x2
Selalu jadi rebutan oh sentiasa laris x2

  • Nyanyian lagu buah- buahan.
  • Rumusan isi pelajaran

  REFLEKSI
1.1 Pengenalan
Sungguhpun saya telah menjadi guru di sini selama 6 tahun, melalui pengajaran ini, saya mendapati terdapat kelemahan yang memerlukan saya untuk mempertingkatkannya supaya setiap proses P & P yang diadakan menghasilkan kualiti yang dikehendaki.

2.0 Kelemahan          
            Bagi komponen Perancangan, kelemahan utama yang telah dikesan ialah dalam aspek hasil dan objektif pelajaran. Saya kerapkali menulis isi pelajaran dan objektif pelajaran tidak eksplisit dan sifatnya terlalu umum. Objektif pelajaran agak senang dengan pemilihan aras rendah dan sederhana yang kerap dan kurang mencabar tahap kognitif. Isi pelajaran yang terlalu banyak dengan aktiviti yang padat menyebabkan objektif pelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana setiap aktiviti yang dibuat memerlukan kepantasan murid menyiapkan aktiviti yang diminta dan menyebabkan murid-murid yang lambat tertinggal. Selain daripada itu, fokus utama dan fokus sampingan tidak dibezakan dengan jelas sehinggakan fokus utama dalam isi pelajaran diperuntukkan masa yang sama dengan peruntukan masa yang diagihkan pada fokus sampingan.  Aspek penyerapan unsur-unsur kemahiran berfikir dalam P&P yang dijalankan kurang jelas dan kurang sesuai dengan isi kandungan . kekurangan bahan rangsangan yang sesuai dengan kemahiran selain daripada kurangnya aktiviti yang boleh mencabar keupayaan murid.
            Dalam  komponen kedua iaitu pelaksanaan. Aspek perlaksanaan dari segi perkembangaan pembelajaran, adakalanya saya melaksanakan langkah P & P dengan tidak teratur di samping pengurusan masa yang tidak terkawal. Keadaan ini menyebabkan langkah pengajaran tidak mengikut perancangan yang dibuat. Semasa proses P & P dijalankan, pengurusan dari segi susun atur ABM yang digunakan agak kurang teratur di samping penggunaan papan tulis yang agak berselerak dan kurang jelas menyebabkan pengurusan agak kucar kacir.
            Hasil daripada isi pelajaran yang padat, ini telah mempengaruhi peruntukan masa yang ditetapkan dan ini secara langsung mempengaruhi bahagian penutup isi pelajaran.  Kerapkali isi pelajaran dirumuskan secara ringkas dan dijalankan dengan tergesa-gesa untuk menamatkan isi pelajaran dalam masa kurang daripada lima minit. Malah kelemahan paling ketara yang saya lakukan pada bahagian penutup ini ialah penggunaan waktu lebih daripada yang sepatutnya.
Untuk komponen yang terakhir pula iaitu sikap dan sahsiah, dari segi keprihatinan. Saya melihat diri saya masih lagi kurang memahami keperluan pelajar yang berbeza dan bermasalah sebaliknya saya terus menjalankan proses P & P. isi jelas apabila aktiviti yang dijalankan tidak melibatkan pelajar secara menyeluruh, bagi murid-murid yang pandai dan aktif mereka terus ke hadapan manakala murid-murid yang lemah agak ketinggalan sedikit dalam melaksanakan aktiviti yang diberikan.

3.0 Kekuatan
Berdasarkan komponen Perancangan, kekuatan P&P yang dijalankan oleh saya ialah dalam beberapa aspek iaitu isi pelajaran yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM) serta penerapan nilai dan unsur patriotisme. Kelebihan dari isi pelajaran yang saya sampaikan kepada murid ialah isi sesuai dengan hasil pembelajaran dan sukatan pelajaran. Murid-murid sangat berminat dengan setiap isi pelajaran yang disampaikan kepada mereka. Dari segi penerapan nilai murni dan unsur patriotisme, saya sentiasa menerapkannya kepada murid-murid dan nilai yang saya berikan sesuai untuk diterapkan melalui pelajaran yang  telah saya sampaikan dan murid-murid dilihat menghayati nilai yang disampaikan serta mengambil ikhtibar daripada nilai murni dan unsur patriotisme yang diterapkan. Bagi menarik perhatian dan minat murid-murid mengikuti pelajaran yang disampaikan di sampai mewujudkan suasana P & P yang menarik serta keberkesanannya, pemilihan dan penggunaan alat bantu yang pelbagai (Maujud:buah-buahan, Alat ICT:laptop, kad perkataan, kad bergambar, kad perkataan) yang saya gunakan membolehkan murid-murid seronok dan memahami isi pelajaran dengan lebih jelas.
`           Dalam  komponen Perlaksanaan pula,  kekuatan saya dalam komponen ini lebih menjurus kepada aspek permulaan isi pelajaran atau set induksi.  Penggunaan alat bantu mengajar berasaskan bahan maujud (buah-buahan) dan kad bergambar serta kad perkataan pada permulaan P&P. Berdasarkan respon murid-murid, didapati saya telah berjaya mewujudkan kesediaan pelajar. Pelaksanaan set induksi menarik, sesuai, menyeronokkan dan telah dapat menarik tumpuan dan memotivasikan pelajar-pelajar. Dari Aspek pengurusan bilik darjah pula, saya mendapati pengurusan bilik darjah saya  baik sepanjang P&P dilaksanakan. Saya berjaya mengawal keadaan kelas dengan memberi teguran terus serta tegas kepada murid-murid saya yang ingin mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran pada setiap masa. Contohnya memberhentikan sekejap sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menegur murid-murid ini sebelum menyambung semula sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan ini, mereka akan rasa lebih tanggungjawab untuk belajar dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Komunikasi dengan murid-murid turut tidak menghadapi masalah memandangkan murid-murid suka memberi pendapat dan terlibat secara aktif dalam aktiviti perbincangan  yang dijalankan. Selain daripada itu, saya mendapati dari segi kepelbagaian nada dan intonasi,  kelantangan suara yang sesuai, sebutan jelas, tepat telah dapat mengekalkan perhatian murid terhadap P & P yang dijalankan.
                        Komponen yang terakhir ialah Sikap dan Sahsiah. Kekuatan yang ada pada saya ialah dari aspek Penampilan diri dan Keprihatinan. Sepanjang menjadi guru di sini, saya sentiasa berpakaian sesuai dengan profesion keguruan. Pakaian yang kemas dan kebersihan sentiasa dititikberatkan supaya murid-murid mencontohi saya dengan berpakaian kemas dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Aspek kedua ialah aspek Keprihatinan, saya akan memastikan setiap murid-murid bersedia untuk mengikuti proses P & P dengan menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, tahap kesihatan murid-murid memuaskan, keselamatan terjamin dan sebagainya. Cara menegur  kelakuan negatif murid-murid turut dengan cara yang tegas dengan sopan tanpa menyinggung atau mengguris perasaan murid-murid


    4.0 Cadangan Mengatasi Kelemahan
Bagi mengatasi masalah Objektif pelajaran yang dipilih oleh saya tidak mencabar tahap pemikiran murid kerana saya sering menggunakan aras satu dan aras dua sahaja. Saya perlulah memahami dan mengesan setiap pencapaian murid yang diajar oleh saya. Saya juga perlulah mengetahui tahap pencapaian kognitif murid dan menggunakan aras yang lebih tinggi supaya lebih mencabar bagi murid. Saya akan merancang setiap aktiviti P&P secara lebih teratur dan menilai kesesuaian aras pembelajaran yang sepatutnya saya gunakan untuk hari tersebut.  Dari aspek isi pelajaran pula, saya perlu menyediakan dengan lebih teratur dengan memperuntukkan masa dan aktiviti yang sesuai dan tidak terlalu padat agar setiap langkah P & P dapat dijalankan dengan baik dan lancar.
Seterusnya ialah dalam aspek penyerapan unsur-unsur kemahiran berfikir dalam setiap P&P yang dijalankan tidak jelas dan tidak berkaitan dengan tajuk pelajaran.  Unsur kemahiran berfikir yang diterapkan dalam setiap langkah P&P yang diajar selalunya tidak jelas.  Untuk mengatasi masalah ini saya perlulah memahami isi pelajaran yang bakal diajar pada keesokan harinya.  Petikan perlulah dibaca beberapa kali untuk memahaminya. Dari situlah, saya akan memikirkan kemahiran berfikir yang paling sesuai diserapkan dan digunakan untuk bahan tersebut.  Unsur kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, menjana idea, menyusun atur dan membanding beza haruslah berkaitan dengan petikan atau isi pelajaran yang dipelajari pada hari tersebut.
Selain itu alat bantu yang digunakan dalam proses P & P hendaklah disusun dengan kemas dan penggunaan papan tulis juga perlu dilakukan dengan tulisan yang kemas. Seterusnya ialah dari segi kualiti pembelajaran yang saya jalankan dalam bilik darjah.  Sepatutnya semua murid terlibat dalam semua aktiviti kumpulan mahupun individu yang saya jalankan semasa P&P.  Jadi di sini saya haruslah memastikan setiap murid dalam kelas tersebut melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.  Saya perlu merancang aktiviti yang akan melibatkan semua murid mengambil bahagian dan memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Untuk mengakhiri sesuatu pelajaran sesi penutup dijalankan.  Penutup haruslah dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.  Selain itu ringkasan isi pelajaran haruslah dijalankan diakhir pelajaran untuk mengukuhkan penguasaan murid terhadap pelajaran pada hari tersebut.  Alat bantu mengajar yang menarik dan kepelbagaian teknik haruslah digunakan untuk mengekalkan minat murid diakhir pelajaran.
Bagi komponen Sikap dan Sahsiah, saya haruslah berusaha memperbaiki diri untuk menjadi guru yang benar-benar boleh dicontohi oleh murid-murid. Keperluan dan permasalahan murid haruslah diketahui dan prihatin terhadap murid-murid yang lemah dan kurang menunjukkan minat belajar. Mereka perlulah diberi galakan dan motivasi supaya mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

5.0 Penutup
Kesimpulannya di sini, refleksi perlu dibuat oleh seseorang guru  bagi mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi sewaktu menyampaikan pengajaran kepada murid-murid dan mencari punca bagi setiap masalah tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya.  Ini adalah amat penting agar profesionalisme keguruan dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa seterusnya melahirkan modal insan berkelas antarabangsa.







"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Gambar Peribahasa


"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Gambar Peribahasa


"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Gambar Peribahasa


"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Wednesday, 7 December 2011

PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Nama: YEO CHUN LIEK 
                                                                                            
No. Matrik: D20102044995


Persediaan Mengajar Bahasa Melayu
Tarikh                                      : 24 Oktober 2011
Masa                                      : 0830 – 0930 (1 jam)
Tahun                                      : Lima Mawar
Bilangan Murid                        : 17 orang murid (8 Lelaki:9 Perempuan)
Tema                                       : Nilai Murni
Tajuk Pengajaran                     : Bersatu teras Keharmonian (peribahasa)
Fokus Utama                           :  3.2 Menghuraikan maklumat dengan menggunakan alasan yang meyakinkan.
  Aras 1 (i) Membentangkan sesuatu isu dengan memberikan penjelasan  
                  yang setimpal

Fokus sampingan                     : 6.1 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat   
                                                       bagi tajuk yang   sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
                                                 Aras 1 (i) Merujuk kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan   
                                                                dan penggunaan perkataan yang tepat.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang  
       didengar atau dibaca.
                                                 Aras 1 (i) Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperolehi.

Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid-murid sudah mempelajari dan mengetahui peribahasa.

Objektif pelajaran                    : Pada akhir sesi pemebalajaran, Murid dapat:
1.      Mengklasifikasikan pelbagai jenis ayat yang memberikan kesan dengan 
mengemukakan alasan.
2.      Membentangkan dapatan tentang sesuatu isu yang diberikan.
3.      Mencatat beberapa peribahasa
4.      Menyusun dan memberikan maksud peribahasa
Sistem Bahasa                          : i) Tatabahasa: Peribahasa
                                                 ii) Kosa kata:   Pembentung
                                                                        Muafakat
                                                                        Dilapah
                                                                        Dicecah
Pengisian Kurikulum   :
            i)          Ilmu                : Pendidikan Moral, dan pendidikan Seni
            ii)         Nilai Murni     : Menghargai jasa, tolong menolong, bekerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah :
i)                    Kemahiran Berfikir                   : Menjana Idea
ii)                  Belajar Cara Belajar                 : Mengumpul data
iii)                Teori Kecerdasan Pelbagai        : Verbal Linguistik dan Interpersonal
iv)                KMD                                       : Strategi Mengatasi Cabaran, Belajar Cara Belajar

Isi Pelajaran     :
           i)           Kad peribahasa ( susun dan cantum )
           ii)          Isu perbincangan
iii)                    Tatabahasa  ( peribahasa )
iv)                    Kosa Kata
v)                      KBKK ( Menjana Idea / menyusun maklumat)

Bahan Bantu Mengajar: Kad Peribahasa, Kertas majong, Pen marker, lembaran kerja.


Isi Pelajaran


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
(5 Minit)

       1.Guru menunjukkan gambar penduduk kampung sedang bergotong royong membina rumah
    2.Guru mengaitkan 1 peribahasa yang berkaitan dengan hubungan antara penduduk kampung.


     3.Guru menggunakan satu lagi contoh peribahasa  tetapi meminta murid menyusun semula peribahasa tersebut supaya menjadi peribahasa yang bermakna. ( Teguh Bercerai Bersatu Roboh : Bersatu Teguh Bercerai Roboh)
     4.Guru menerangkan tajuk pelajaran hari ini.


ABM: Kad perkataan.
           Gambar Situasi

KBT:Menghubungkait
        : Menyusun

Langkah 1
(20 Minit)


1.      Murid bersoal jawab tentang maksud 
      bersatu padu. 
2.      Murid membaca peribahasa yang       
      terdapat dalam teks seterusnya 
     mencari makna peribahasa tersebut. 
     Murid menerangkan maksud  
      peribahasa di hadapan kelas. 
3.      Aktiviti kumpulan: 6 orang 1  
      kumpulan. Murid berbincang  
      tentang    perihal masyarakat kita  
      yang perlu sentiasa bersatu padu.  
4.      Murid menyalin hasil perbincangan  
      dalam kertas mahjong. 
5.      Murid membentangkan hasil 
      perbincangan.



ABM: Pen Marker
           Kertas Mahjong

KB: Menjana idea
Verbal Linguistik

Langkah 2
(15 Minit)


     1.Murid diminta mencatat beberapa lagi peribahasa yang mereka ketahui.
     2. Murid secara individu  diminta  secara lisan menerangkan peribahasa masing-masing.
     3. Murid diminta meneliti peribahasa yang terdapat dalam buku teks pada halaman 138.
     4.Murid membetulkan susunan perkataan dalam peribahasa itu  dan mencari             maksudnya. (BCB)

ABM
-          Buku teks
-          Buku tulis
-          Kamus peribahasa


KBT : BCB

Teknik
-          Kemahiran mencari maklumat


Langkah 3
(15 Minit)

     1.   Murid melihat gambar dan membaca dialog. (4 gambar).
     2.   Murid cuba memadankan dialog dalam gambar tersebut dengan peribahasa yang telah disusun tadi.
     3. Seterusnya  beberapa orang murid dipilih untuk membaca dialog sekali lagi dan mengaitkan dialog yang dibaca dengan peribahasa yang sesuai.


ABM:
-          Gambar
-          Teks dialog

Teknik:
-          Perbincangan
-          Penerangan

Kemahiran verbal linguistik

Pendekatan Deduktif



Penutup
(5 Minit)


     1. Murid dibimbing merumus isi pelajaran  hari ini dan menerangkan nilai-nilai murni yang berkaitan.
     2. Guru memberikan latihan susulan kepada murid-murid iaitu melukis poster berdasarkan satu daripada peribahasa yang dipelajari hari ini.


KB: Membuat kesimpulan

  Refleksi:
 Kelemahan   
Pengajaran peribahasa sebenarnya amat susah  untuk susah difahami oleh murid-murid jika mereka mempunyai pengetahuan yang cetek dan kurangnya pembacaan peribahasa daripada murid-murid. Ini yang berlaku kepada murid-murid saya. Terdapat beberapa peribahasa yang dijumpai oleh murid-murid tetapi mereka tidak tahu maksudnya. Aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang agak lama dan terdapat beberapa langkah yang dilakukan tidak menyeluruh. Keterlibatan murid tidak menyeluruh, aktiviti lebih berpusat kepada murid cerdas manakala pelajar lemah agak ketinggalan dalam menguasai pelajaran peribahasa yang diajarkan. Saya kurang menerapkan nilai murni dan unsur patriotisme dalam P&P saya hari ini seperti mana sesi P&P sebelumnya memandangkan saya kerap menumpukan soalan murid dan pencarĂ­an maksud peribahasa semasa P&P. 

 Kekuatan
Murid-murid sangat berminat dengan setiap isi pelajaran yang disampaikan kepada mereka. Bagi menarik perhatian dan minat murid-murid mengikuti pelajaran yang disampaikan di sampai mewujudkan suasana P & P yang menarik serta keberkesanannya, pemilihan dan penggunaan alat bantu yang pelbagai (gambar) yang saya gunakan membolehkan murid-murid seronok dan memahami isi pelajaran dengan lebih jelas.
`           Aspek  set induksi yang saya lakukan juga baik. Berdasarkan respon murid-murid, didapati saya telah berjaya mewujudkan kesediaan pelajar. Pelaksanaan set induksi menarik, sesuai, menyeronokkan dan telah dapat menarik tumpuan dan memotivasikan pelajar-pelajar. Dari Aspek pengurusan bilik darjah pula, saya mendapati pengurusan bilik darjah saya  baik sepanjang P&P dilaksanakan. Saya berjaya mengawal keadaan kelas dengan memberi teguran terus serta tegas kepada murid-murid saya yang ingin mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran pada setiap masa. Contohnya memberhentikan sekejap sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menegur murid-murid ini sebelum menyambung semula sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan ini, mereka akan rasa lebih tanggungjawab untuk belajar dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Komunikasi dengan murid-murid turut tidak menghadapi masalah memandangkan murid-murid suka memberi pendapat dan terlibat secara aktif dalam aktiviti perbincangan  yang dijalankan. Selain daripada itu, saya mendapati dari segi kepelbagaian nada dan intonasi,  kelantangan suara yang sesuai, sebutan jelas, tepat telah dapat mengekalkan perhatian murid terhadap P & P yang dijalankan.

 Cadangan Mengatasi Kelemahan
Saya perlulah memahami dan mengesan setiap pencapaian murid yang diajar oleh saya. Saya juga perlulah mengetahui tahap pencapaian kognitif murid dan menggunakan aras yang sesuai kepada  murid-murid yang pelbagai tahap kecerdasan. Saya akan merancang setiap aktiviti P&P secara lebih teratur dan menilai kesesuaian aras pembelajaran yang sepatutnya saya gunakan untuk hari tersebut.  Dari aspek isi pelajaran pula, saya perlu menyediakan dengan lebih teratur dengan memperuntukkan masa dan aktiviti yang sesuai dan tidak terlalu padat agar setiap langkah P & P dapat dijalankan dengan baik dan lancar.
Seterusnya ialah dalam aspek penyerapan unsur-unsur nilai-nilai murni dan patriotisme. Aspek iniperlu saya tekankan agar murid-murid disamping diajar peribahasa mereka juga dapat menghayati nilai-nilai murni dalam peribahasa tersebut. Seterusnya ialah dari segi kualiti pembelajaran yang saya jalankan dalam bilik darjah.  Sepatutnya semua murid terlibat dalam semua aktiviti kumpulan mahupun individu yang saya jalankan semasa P&P.  Jadi di sini saya haruslah memastikan setiap murid dalam kelas tersebut melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.  Saya perlu merancang aktiviti yang akan melibatkan semua murid mengambil bahagian dan memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Seterusnya ialah aktiviti haruslah dijalankan dengan lengkap tanpa tergesa-gesa menghabiskannya supaya objektif pembelajaran tercapai 100% . Menggalakkan murid membaca lebih banyak peribahasa melayu melalui majalah-majalah atau buku peribahasa.


"MEMBACA JAMBATAN ILMU"