Latihan 3
Pilih dan hitamkan jawapan yang betul
1. Bardin cuba __________________ untuk keluar dari hutan setelah tersesat.
A. mati kutu C. mati akal
B. cari Jalan D. jalan tengah
2. Ayah selalu menasihati kami agar tidak _______________ apabila telah berjaya kelak.
A. lupa diri C. patah kandar
B. busuk hati D. patah hati
3. Kita janganlah mengikut _______________ supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
A. darah raja C. darah manis
B. darah muda D. darah hantu
4. Tuan Haji Zainal itu seorang hartawan yang ______________ . Beliau selalu menghulurkan bantuan.
A. keras hati C. berat hati
B. panas hati D. murah hati
5. Puan Roslin _____________ kerana selalu membantu orang lain. Suaminya pula lebih dikenali sebagai _______________kerana sikap kedekutnya.
A. isi hati……….isi perut C. baik hati………. tangkai jering
B. hati batu………batu loncatan D. ringan tulang………. tangkai jering
6. Biasanya orang yang __________________ akan disenangi oleh sesiapa pun, manakala orang yang _______________akan dibenci.
A. iri hati……….senang hati C. baik hati……….hidung tinggi
B. berat tulang …………ringan tulang D. mulut murai ……….kera sumbang
7. Walaupun hidup ______________, Mak Cik Eton tidak pernahmneyusahkan sesiapa.
A. makan suap C. sebatang kara
B. Sehelai sepinggan D. bagai isi dengan kuku
8. Hamid dan Lim rakan karib. Mereka ______________________ kerana tidak pernah berenggang.
A. bagai kertas dengan dakwat
B. bagai tikus membaiki labu
C. bagai isi dengan kuku
D. bagai cincin dengan permata