Peribahasa melayu ada menyatakan ‘Carik-carik bulu Ayam,Lama-lam bercantum juga’.
Tulis satu karangan bertajuk peribahasa ‘carik-carik bulu Ayam, Lama-lama bercantum Juga’.
Hari Raya Puasa akan menjelang pada esok hari. Siti masih termenung di biliknya. Fikirannya berserabut antara ingin pulang ke kampung bertemu abangnya ataupun tidak.
Hubumgan mereka sebagai adik-beradik telah terputus. Segala-galanya bermula akibat berebutkan harta pusaka. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Akibatnya, mereka “berkerat rotan,berpatah arang”. Mereka bergaduh dan tidak pernah bertemu sejak dua tahun yang lalu.
Siti telah membulatkan tekad untuk berbaik-baik semula dengan abangnya. Pada pagi syawal itu, dia telah terpacak di depan pintu rumah abangnya. Dia memberi salam. Selang beberapa ketika, salamnya dijawab. Apabila pintu dibuka, Siti melihat abangnya berdiri sambil tersenyum .Siti terus mencium tangan abangnya.
Di dalam rumah, Siti menangis sambil meminta maaf. Dia menyesali segala tindakannya yang lalu. Abangnya turut meminta maaf. Mereka saling bermaaf-maafan. Mereka berjanji akan membuang segala yang keruh dan mengambil yang jernih. Pada pagi yang mulia, kedua-dua adik-beradik tersebut telah berbaik semula bak kata pepatah,``Carik-carik bulu ayam, lama-lama bertemu juga’’. Pergaduhan antara mereka telah berakhir.
Adik-beradik perlu saling bertolak ansur. Sekiranya terjadi sebarang pertelingkahan, perlulah diselesaikan segera agar tali persaudaraan akan berpanjangan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.