Peribahasa melayu ada menyatakan “Genggam bara api,biar sampai jadi arang”.
Tulis satu karangan peribahasa yang bertajuk ‘Genggam bara api, biar sampai jadi arang’.
Zainuddin dan zainal merupakan adik-beradik kembar. Pada 15 Mei ,mereka telah meraikan majlis hari jadi. Kedua –duanya telah dihadiahkan sepasang kasut roda oleh ayah mereka.
Mereka berasa sungguh gembira menerima hadiah tersebut walaupun mereka tidak pandai bermain kasut roda. Mereka bertekad untuk belajar main kasut roda. Setiap hari, adik-beradik kembar ini berlatih bersungguh-sungguh.
Semasa berlatih, mereka sering terjatuh. Zainuddin bengkak pada bahagian tangan dan kaki. Zainal pula mengalami luka di tangan dan kepala kerana terkena batu. Kaki dan kepalanya berdarah. Zainuddin mula berputus asa kerana sering terjatuh. Dia mula tidak tahan mengalami kesakitan, akhirnya, Zainuddin tidak berlatih.
Sebaliknya, zainal tidak berputus asa. Baginya, jika hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lagipun, dia berpegang teguh kepada pepatah,``genggam bara api, biar sampai jadi arang’’.dia tetap meneruskan latihan. Dia juga semakin kerap berlatih. Segala kesakitan tidak dihiraukannya.
Akhirnya, Zainal berjaya meluncur dengan kasut roda. Ayahnya berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Zainal. Zainal tidak menyerah kalah di pertengahan jalan. Semangat seperti Zainal perlu dijadikan pedoman sekiranya kita ingin mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.