Peribahasa Melayu ada menyatakan, ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang,Yang Di Kendong Berciciran’.
Tulis satu karangan yang bertajuk ‘Yang Dikejar Tak Dapat,Yang Di Dikendong Berciciran’.
Pada suatu petang, Azli pergi ke hujung kampung. Dia membawa peralatan untuk menangkap rama-rama.Dia ingin menangkap rama-rama untuk projek sainsnya.
Di sana, Azli melihat rama -rama berterbangan. Azli menggunakan jaring dan mengejar rama-rama tersebut. Dalam masa setengah jam, Azli berjaya menangkap dua ekor rama-rama.Rama-rama itu agak cantik dan berwarna-warni. Azli memasukkan rama-rama tersebut ke dalam bekas cantik.
Azli semakin seronok menangkap rama-rama. Kini,dia berjaya menangkap sepuluh ekor rama-rama. Azli mula bercadang untuk pulang ke rumah.Tiba-tiba, Azli terlihat seekor rama-rama yang besar dan sungguh cantik. Azli mula berasa tamak. Dia juga menunjuk –nunjuk hasilnya kepada rakan-rakannya yang lain.
Rama –rama itu hinggap pada ranting . Azli cuba menangkapnya tetapi tidak berjaya. Azli mengejarnya dengan perasaan geram.Tiba-tiba, kakinya tersangkut pada sebatang kayu. Azli terjatuh dan bekas plastiknya tercampak. Kesemua rama-rama yang ada di dalamnya terlepas keluar.
Azli berasa kecewa kerana tidak dapat membawa pulang walau seekor rama-rama pun. Dia menceritakannya hal tersebut kepada ibu. Ibu tersenyum kerana peristiwa tersebut tak ubah seperti cerita anjing dengan bayang-bayang. ``Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’’ , kata ibu kepada Azli. Ibu juga menasihati Azli agar tidak lagi bersikap sedemikian.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.