I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 9 December 2011

Persediaan Mengajar (2) Kajian Tempatan Tahun 5

Rancangan Pelajaran 2 : Kedudukan Malaysia di Benua Asia dan dunia.
PERSEDIAAN MENGAJAR  KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Mata  pelajaran:Kajian Tempatan
Tahun                : 5 A
Masa                : 1130-1230 (1 jam)
Unit                  : 1
Tema               : Mengenal Negara Kita
Topik               : Kedudukan Malaysia
Subtopik          : Di benua Asia dan di dunia
Objektif pembelajaran: Mengenal lokasi Malaysia di benua Asia dan dunia.
Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat:
a.    kognitif.
i.  Menyatakan kedudukan Malaysia pada peta dunia.
    ii. Menerangkan lokasi Malaysia di peta dunia.
         iii.Melabelkan kedudukan Malaysia pada peta dunia
         iv.Menyatakan benua-benua di dunia.

b.   Afektif
i.  Menggunakan bahasa yang bersopan santun dan mengamalkan nilai murni bekerjasama semasa aktiviti perbincangan kumpulan.
ii.      Menunjukkan rasa bersyukur dan berbangga dengan geografi negara kita.

c.    Psikomotor
i.     Berbincang secara aktif dalam kumpulan masing-masing.
ii.      Menunjuk semula benua-benua di dunia pada peta dengan tepat.
Bahan, peralatan dan Bahan sumber:
i.                    Kad perkataan
ii.                  Peta benua Asia
iii.                Peta dunia
iv.                Glob
v.                  Gambar
Pengetahuan sedia ada:
i.               Murid-murid telah mengetahui kedudukan Malaysia merujuk pada peta dunia.
ii.             Murid telah mengetahui benua Asia dan lokasi malaysia di benua Asia.
.


Prosedur Pelaksanaan
(Masa)

Elemen Pengurusan
Pembelajaran Bestari/
Kemahiran Generik
Catatan
(Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar/
Unsur Patriotisme/
Sumber P&P)

Set Induksi ( 5 minit )

    1. Guru menunjukkan gambar penduduk dunia, iaitu orang Asia, Afrika dan Eropah.
    2.  Guru meminta murid memerhatikan dengan teliti  gambar tersebut. (kaedah pemerhatian)
    3.Guru menyediakan kad perkataan yang mengandungi nama benua.
    4.  Berdasarkan gambar pelbagai penduduk dunia, murid diminta memadankan gambar dengan kad perkataan. (kemahiran berfikir)
    5.Guru mengaitkan gambar dengan topik pelajaran hari ini.



Kemahiran mendengar

Kemahiran mengingat

Kemahiran mentafsir







Gambar

Kad perkataan

Langkah 1 ( 5 minit )

    1. Guru meminta murid meneliti peta dunia seperti yang diedarkan oleh guru. (kemahiran belajar)
    2.  Murid diminta menyatakan kedudukan Malaysia berdasarkan peta tersebut. (Kaedah konstruktivisme)



Kemahiran mencatat nota

Kemahiran belajar

Kecerdasan
Visual-ruang



Kad perkataan


Peta dunia




Langkah 2 ( 15 minit )

    1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
    2. Kumpulan 1 dan 2 diberikan sebuah peta kosong dunia. Murid diminta menamakan benua-benua yang terdapat di dunia. (kaedah kontekstual)
    3. Kumpulan 3 dan 4 diberikan peta benua Asia. Murid diminta menandakan lokasi Malaysia di peta tersebut.
    4.Kumpulan 5 dan 6 diberikan sebuah peta dunia. Murid diminta berbincang dan menerangkan lokasi Malaysia di peta tersebut. (kaedah kontekstual)




(Kaedah koperatif)





(Kaedah kontekstual)



Peta Asia



Penerapan Unsur patriotisme




Langkah 3 ( 20 minit )

    1. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan. (kecerdasan pelbagai: linguistik)
     2. Murid lain diminta memantau jawapan rakan mereka. (kemahiran belajar)
    3. Guru memantau jawapan murid dan memberikan penerangan lanjut.




Kecerdasan interpersonal

Kemahiran mendengar

Mentafsir peta



Kad perkataan

Peta Asia




Langkah 4 (10 minit)

     1. Guru menerangkan benua-benua yang terdapat di dunia mempunyai keluasan saiz yang berbeza.
     2.  Murid diminta merujuk buku teks halaman 7 untuk mendapatkan perangkaan saiz keluasan. (Inkuiri penemuan)
    3. Guru mengedarkan borang banding beza untuk dilengkapkan oleh murid. (Kemahiran berfikir)
     4. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan boring banding beza. Pemulihan/pengayaan







Kemahiran mencari maklumat


Membanding beza


Kemahiran Belajar


Peta Kosong Asia Tenggara


Kad perkataan


Borang banding beza

Penutup ( 5 minit )

1.      Guru bersola jawab dengan murid untuk merumuskan topik pelajaran. (kaedah intrapersonal)








Kemahiran mendengar







Peta dunia
(Rumusan isi pelajaran)

Nilai kerjasama

Lembaran kerja



Refleksi:
Kelemahan
Dalam aspek perlaksanaan dari segi perkembangaan pembelajaran, adakalanya saya melaksanakan langkah P & P dengan tidak teratur di samping pengurusan masa yang tidak terkawal. Keadaan ini menyebabkan langkah pengajaran tidak mengikut perancangan yang dibuat. Semasa proses P & P dijalankan, pengurusan dari segi susun atur ABM yang digunakan agak kurang teratur di samping penggunaan papan tulis yang agak berselerak dan kurang jelas menyebabkan pengurusan agak kucar kacir.
            Hasil daripada isi pelajaran yang padat, ini telah mempengaruhi peruntukan masa yang ditetapkan dan ini secara langsung mempengaruhi bahagian penutup isi pelajaran.  Kerapkali isi pelajaran dirumuskan secara ringkas dan dijalankan dengan tergesa-gesa untuk menamatkan isi pelajaran dalam masa kurang daripada lima minit. Malah kelemahan paling ketara yang saya lakukan pada bahagian penutup ini ialah tidak dapat membuat penutup isi pelajaran dengan baik akibat daripada aktiviti yang terlalu padat.

Kekuatan
Saya sangat gembira kerana terdapat banyak perubahan positif yang berlaku sepanjang proses P & P yang saya jalankan ini. Murid – murid juga telah menampakkan perkembangan dari segi gaya pembelajaran dan minat mereka terhadap pembelajaran. Saya telah menggunakan beberapa cara untuk menarik murid – murid supaya seronok belajar. Selain itu, humor yang diselitkan di dalam proses P & P juga dapat meningkatkan minat murid terhadap guru dan pengajaran guru.

Cadangan mengatasi kelemahan
Saya akan mengaplikasikan maklum balas daripada pemerhatian dan penilaian kendiri saya di dalam proses P & P yang akan datang supaya proses P & P yang akan datang lebih berjaya dan menarik. Saya akan mempelbagaikan cara saya mengajar supaya proses P & P yang saya jalankan lebih menyeronokkan dan memberangsangkan seperti kuiz dan sebagainya. Penggunaan papan tulis dan pengurusan ABM dengan lebih berkesan dan diurus dengan baik selepas ini. Alat bantu yang digunakan dalam proses P & P hendaklah disusun dengan kemas dan penggunaan papan tulis juga perlu dilakukan dengan tulisan yang cantik. Selain itu,  saya perlu menyediakannya dengan lebih teratur, memperuntukkan masa dan aktiviti yang sesuai dan tidak terlalu padat agar setiap langkah P & P dapat dijalankan dengan baik dan lancar.


"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.