I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 9 December 2011

Persediaan Mengajar Kajian Tempatan Tahun 5

PERSEDIAAN MENGAJAR  KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
  Rancangan Pelajaran 1 : Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.
Mata  pelajaran:Kajian Tempatan
Tahun              : 5 A
Masa                : 1130-1230 (1 jam)
Unit                 : 1
Tema               : Mengenal Negara Kita
Topik               : Lokasi Malaysia
Subtopik          : Di Asia Tenggara
Objektif pembelajaran: Mengenal lokasi Malaysia di Asia Tenggara serta negara-negara    
                                      di Asia  Tenggara.
Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat:
a.       kognitif.
i.                    Menyatakan kedudukan Malaysia pada peta Asia Tenggara.
ii.                  Menyenaraikan negara di Asia Tenggara yang berjiran dengan Malaysia.
iii.                Melabelkan kedudukan Malaysia pada peta Asia Tenggara
b.      Afektif
i.                    Menggunakan bahasa yang bersopan santun dan mengamalkan nilai murni bekerjasama semasa aktiviti perbincangan kumpulan.
ii.                  Menunjukkan rasa bersyukur dan berbangga dengan lokasi negara kita yang strategik.
c.       Psikomotor
i.                    Berbincang secara aktif dalam kumpulan masing-masing.
ii.                  Menunjuk semula kedudukan Malaysia pada peta dengan tepat
Bahan, peralatan dan Bahan sumber:
i.                    Kompas
ii.                  Peta Asia Tenggara
iii.                Peta Asia
iv.                Kad Perkataan
Pengetahuan sedia ada:
i.                    Murid-murid telah mempelajari tentang arah mata angin dalam sukatan Kajian Tempatan Tahun Empat.



Prosedur Pelaksanaan
(Masa)

Elemen Pengurusan
Pembelajaran Bestari/
Kemahiran Generik
Catatan
(Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar/
Unsur Patriotisme/
Sumber P&P)

Set Induksi ( 5 minit )

  1. Guru meminta murid berdiri sambil mendepa tangan. (kecerdasan pelbagai: kinestetik)

  1. Berpandukan hukum alam, iaitu matahari terbit di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat, maka tangan kiri akan menunjukkan arah utara dan tangan menunjukkan arah selatan.

  1. Guru mengaitkan dengan topik pelajaran hari ini iaitu kedudukan Malaysia di Asia Tenggara boleh ditentukan menggunakan kompas.







Kemahiran mendengar

Kemahiran mengingat











kompas






Langkah 1 ( 5 minit )

1.      Guru menerangkan kegunaan mata angin adalah untuk menentukan kedudukan tempat.
2.      Guru menunjukkan sebuah kompas dan menerangkan penggunaannya.


3.      Kad perkataan yang mengandungi nama arah mata angin.
4.      Guru memilih murid seterusnya meminta murid yang terpilih melekatkan kad perkataan pada tempat yang betul di atas arah mata angin.




Kemahiran mencatat nota




Kemahiran mengingat


Kecerdasan
Visual-ruang



Kad perkataan









Langkah 2 ( 10 minit )

  1. Guru meminta murid merujuk  peta Asia yang telah diedarkan.
  2. Berpandukan peta tersebut, murid diminta mengenal pasti negara Malaysia. (Inkuiri Penemuan)
  3. Guru memberikan penerangan lanjut tentang cara menggunakan arah mata angin di atas peta Asia Tenggara.



Kecerdasan Visual-ruang

Kemahiran mendengar








Peta Asia



Penerapan Unsur patriotisme




Langkah 3 ( 10 minit )

  1. Guru menunjukkan peta Asia Tenggara kepada murid.
  2. Murid diminta meneliti peta Asia dan mengenal pasti kedudukan Malaysia (Kaedah konstruktivisme).
  3. Guru mengemukakan soalan berpandukan peta Asia . (kemahiran berfikir).
Contoh soalan:Dengan menggunakan mata angin, nyatakan kedudukan Negara di utara, selatan, barat dan timur Malaysia.
Jawapan: Negara di utara ialah Thailand.
              4.   Guru memberikan penerangan lanjut tentang    
                   kedudukan Malaysia di atas benua Asia.





Kecerdasan interpersonal



Kemahiran mengkaji maklumat


Mentafsir peta



Kad perkataan

Peta Asia




Langkah 4 (10 minit)

             1.      Guru menerangkan terdapat beberapa Negara  
                   yang berjiran dengan Negara Malaysia.
            2.      Guru meminta murid meneliti semula peta Asia  
                  Tenggara yang menunjukkan negara serta
             kedudukan negara yangberjiran                          
            dengan negara  Malaysia. (inkuiri penemuan).
            3.      Guru mempamerkan peta kosong Asia Tenggara  
                  di papan hitam.
           4.      Guru meminta murid menampal kad perkataan  
                 pada peta kosong Asia Tenggara. (Kemahiran  
                 berfikir)
           5.      Murid meminta murid lain memantau jawapan  
                rakan mereka. (kemahiran belajar)















Kemahiran Belajar


Peta Kosong Asia Tenggara


Kad perkataan

Langkah 5 (15 minit)

      1.      Guru mengedarkan lembaran kerja untuk melihat 
            pemahaman murid. (kaedah kontruktivisme) .   
            Perbincangan kumpulan. Pemulihan/pengayaan




Kemahiran mengingat

Kemahiran belajar




Lembaran kerja

Penutup ( 5 minit )

  1. Guru membuat rumusan isi pelajaran dengan mengimbas kembali penggunaan mata angin, kedudukan negara Malaysia di atas peta Asia Tenggara dan peta Asia.

  1. Guru memberi pujian, teguran dan galakan kepada pelajar serta menerapkan nilai kerjasama

  1. Murid-murid diberi kerja rumah sebagai aktiviti susulan
a.  Latihan dalam lembaran kerja
                  



Kemahiran mendengar







Peta Asia dan Peta Asia Tenggara
(Rumusan isi pelajaran)

Nilai kerjasama

Lembaran kerja




Refleksi:
Kelemahan
Dalam sesi P & P yang diadakan, saya banyak menggunakan teknik soaljawab. Namun, teknik saya tidak begitu berkesan kerana lebih banyak berpusatkan kepada pengajaran guru. Ini disebabkan murid-murid masih kurang mengingati arah mata angin. Murid – murid tidak dapat menguasai 100% isi pelajaran. Hanya sebilangan kecil murid – murid yang melibatkan diri secara aktif. Sebilangan murid kurang memberi tumpuan. Murid juga kurang bertanya. Mereka hanya bersuara apabila diminta untuk menjawab soalan. Dapat disimpulkan tahap penguasaan murid – murid amat rendah dalam mata pelajaran ini. Murid –murid juga dilihat tidak dapat mengingat negara-negara jiran Malaysia seperti yang telah dipelajari sebelum ini. Penggunaan kaedah inkuiri penemuan(biarkan murid-murid mengenal pasti negara jiran) juga agak lemah. Secara keseluruhan , teknik pengajaran saya hari ini lebih kepada berpusatkan guru kerana banyak penerangan daripada saya berbanding tindak balas daripada murid.

Kekuatan
Pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar  seperti kompas, peta dan kad perkataan sangat menyeronokkan untuk murid-murid. Selain terhibur dan dapat memahami isi pelajaran dengan jelas dan mudah, murid – murid juga terdedah dengan kemahiran menggunakan kompas dengan cara yang betul.  Sesi P&P di luar kelas juga memberi kesegaran kepada murid-murid dan mudah merangsang minda mereka. Apabila murid – murid sudah dapat menerima dan menjalankan aktiviti seperti yang saya arahkan serta dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa proses P & P(selepas ditegur), ini adalah satu petunjuk bahawa kawalan kelas saya berada pada tahap yang baik.

Cadangan mengatasi kelemahan
Dalam sesi P & P untuk hari ini saya merasakan bahawa kesediaan murid – murid untuk meneruskan sesi P & P adalah amat penting bagi mengelakkan suasana yang pasif semasa sesi pembelajaran diadakan. Guru perlulah pandai membangkitkan mood dan kesediaan murid – murid. Saya perlu menyediakan diri saya terlebih dahulu sebelum  masuk ke kelas. Saya perlu menganalisa setiap tahap murid – murid supaya saya mudah menyampaikan isi dan kandungan pelajaran kepada murid – murid berdasarkan tahap perkembangan mereka. Saya berazam akan cuba menukar cara pengajaran dan pembelajaran saya dengan murid supaya menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna selepas ini.



                 

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.