I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 16 November 2011

CONTOH KARANGAN 3


Peribahasa  Melayu ada menyatakan ,”Sudah Terhantuk ,Baru Tergadah”.

Tulis satu cerita berdasarkan peribahasa “Sudah Terhantuk , Baru Tergadah ’’.

Samy tinggal bersama keluarganya di sebuah perkampungan setinggan. Berhampiran dengan kampung tersebut, terdapat landasan kereta api. Penduduk-penduduk Kampung menggunakan jejantas untuk menyeberangi  landasan tersebut. Jejantas itu dibina demi keselamatan penduduk – penduduk  kampung.

Samy memang nakal dan degil. Ibunya sering menasihati Samy agar menggunakan
Jejantas demi keselamatan dirinya. Ini adalah kerana sekolah Samy terletak di seberang Landasan tersebut . Namun begitu, Samy tidak mempedulikan nasihat ibunya. Baginya , menggunakan jejantas melambatkan perjalanannya ke sekolah.

Pada suatu pagi, Samy hendak melintas landasan untuk ke sekolah. Seperti biasa ,dia tidak menggunakan jejantas. Kali ini nasibnya malang. Samy tergelincir di atas landasan dan kakinya terseliuh. Dia tidak dapat berdiri. Tiba – tiba, kedengaran bunyi wisel kereta api. Samy menjadi sangat takut. Dia cuba bangun tetapi tidak berjaya.

Apabila membuka mata, Samy menyedari yang dia kini berada di hospital. Ibu bapanya berada di sisinya. Dia diberitahu yang kakinya telah dipotong.

Samy berasa menyesal kerana mengikari nasihat  ibunya. Jika tidak, tentu  dia  tidak kudung.  Namun, segalanya sudah terlewat, bak kata pepatah ,Sudah terhantuk, baru tergadah’’. Oleh itu , kita perlulah mendengar nasihat ibu bapa agar tidak menyesal di kemudian hari.

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.