I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 12 November 2011

PEPATAH


Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi unsur-unsur pengajaran. Biasanya terdapat pengulangan kata di dalamnya.



Ada padi semua kerja  jadi, ada beras semua kerja deras – Semua dihajati itu dapat dicapai melalui Wang.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya – Biasanya perangai seorang anak itu mirip kepada perangai ibu bapanya.
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam – Setiap orang mempunyai kehendak hati masing-masing.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian – Bersusah-susah dahulu supaya mendapat kesenangan pada kemudian hari.
Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul – Betapa beratnya kita melihat kesusahan yang dialami oleh orang lain, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar – Berhati-hati apabila menceritakan sesuatu perkara.
Biar putih tulang, jangan putih mata – Lebih baik mati daripada menanggung malu.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali – Kalau hendak membuat kebaikan biarlah berpatutan, tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantun juga – Pergaduhan di antara adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat – Pendiam yang pandai itu berguna tetapi pendiam yang bodoh langsung tidak membawa apa-apa faedah.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – Kalau seseorang itu mempunyai cita-cita, tentu dia akan berusaha  untuk mencapainya.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung – Kita hendaklah mematuhi adat atau peraturan tempat yang kita diami itu.
Enggang sama enggang, pipit sama pipit – Bercampur gaul dengan orang sama kedudukannya.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah – Pemerintah dengan pemerintah berperang, rakyat yang susah.
Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan – Harapkan keuntungan besar yang belum pasti diperoleh, keuntungan kecil yang sedia ada dilepaskan.
Harapkan pagar, pagar makan padi – Orang yang kita harapkan dapat menolong kita itu pula yanh membinasakan
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama – Setiap manusia dikenang kerana jasa bakti yang dilakukan semasa hidup.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih – Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya dan demikian sebaliknya.
Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis – Hendaklah berhati-hati sebelum mendapat kesusahan.
Jauh bau bunga, dekat bau tahi – biasanya kita akan terkenang kepada saudara yang jauh dan apabila dekat, pertengkaran pula yang sering berlaku.
Jerat tak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat – Orang yang selalu menipu itu agak terlali denagn amalannya tetapi orang yang kena tipu akan sentiasa berjaga-jaga.
Kalah jadi arang, menang jadi abu – Dalam sesuatu pergaduhan, sama ada pihak itu kalah atau menang, kedua-dua akan sama menanggung rugi.
Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan – Contohilah sesuatu yang baik dan jauhkanlah diri kita daripada sesuatu yang buruk itu.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – Jika tidak berusaha, cita-cita tidak akan 
 tercapai.
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa – Kebolehan dan kepandaian itu tidak semestinya terletak pada usia atau saiz seseorang itu.
Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya – Kita mesti menunaikan setiap janji yang telah kita buat itu.
Kerja bertangguh tank menjadi, kerja beransur tak bertahan – Sesuatu kerja yang ditangguhkan itu tidak akan berhasil langsung, manakala sesuatu kerja yang dilakukan sedikit-sedikit itu akan selesai juga akhirnya.
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh – Dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan.
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak – Kesalahan orang lain walau kecil sekalipun Nampak, tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari.
Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya – Tiap-tiap orang mempunyai keinginan yang berbeza.
Lembu punya susu , sapi dapat nama – Orang lain yang berusaha, orang lain yang dipuji.
Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya – Setelah terlepas daripada sesuatu kesusahan, kemalanganyang lain menimpa pula.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak – Kita mesti menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan yang kita berada.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri – Orang yang tidak mahu mendengar nasihat
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa – kita harus tahu berterima kasih kepada orang yang membantu kita.
Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah – Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang kena tuduh.
Rambut sama hitam, hati lain-lain – Setiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan yang berbagai-bagai
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul – Bersama-sama memikul tanggungjawab sama ada kecil atau besar.
Rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati – Terlalu sukar untuk mengubah tabiat atau perangai seseorang.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain –  Pekerjaan yang susah kalau dilakukan dengan sabar akhirnya berhasil juga.
Sekali air bah, sekali pasir berubah – Setiap kali bertukar orang yang memerintah, bertukar pula cara pemerintahannya.
Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu – Setelah tertipu sekali, orang yang kena tipu akan berhati-hati pada waktu lain.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga – Walau bagaimana pandai sekalipun seseorang itu, ada masanya dia membuat kesilapan juga.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – Sebelum kita melakukan sesuatu perbuatan, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu agar kita tidak menyesal kemudian.
Sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan – Jika kita bersalah, kita harus cepat sedar dan insaf supaya kita tidak jauh terpesong.
Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang bangau juga – Walaupun jauh merantau, akhirnya seseorang itu akan kembali ke tempat asalnya juga.
Siapa makan cili dia terasa pedas – Seseorang yang melakukan sesuatu yang kurang baik itu akan merasa dirinya tersindir jika hal itu disebut.
Takut kerana salah, berani kerana benar – Orang yang bersalah itu sentiasa berasa takut dan orang tidak bersalah itu pula tidak berperasaan demikian.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya – Tersilap percakapan kerapkali mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam – Jika bernasib baik selamat, jika bersaib malang rugilah jawabnya.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran – Keuntungan yang diharap-harapkan itu tidak dapat, sedangkan yang sedia ada itu hilang pula.

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.