I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 11 November 2011

SIMPULAN BAHASA


Simpulan bahasa ialah kelompok perkataan yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.

Ada angin – berperangai tidak seperti biasa pada suatu ketika.
Ada hati – ada kemahuan untuk membuat sesuatu.
Air muka – Rupa; wajah
Ambil angin – keluar bersiar-siar untuk menghilangkan penat.
Ambil hati- menyukakan hati seseorang.
Anak angkat – anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri.
Anak buah – Orang yang di bawah jagaan seorang ketua.
Angkat kaki – lari meninggalka sesuatu tempat.
Atas angin- Negara-negara di sebelah barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat.
Atas pagar – tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Banyak lemak – terlalu dimanjakan
Banyak mulut- Orang yang suka bercakap banyak.
Batu api – orang yang menghasut; Penghasut.
Batu loncatan – Sesuatu yang dijadikan asas atau alat untuk mencapai sesuatu tujuan.
Bau-bau bacang – Hubungan persaudaraan yang jauh
Bawah angin – Negara-negara di sebelah timur seperti Asia.
Bekas tangan – Hasil kerja tangan seseorang.
Berat mulut – Pendiam; Tidak suka bercakap.
Berat tangan – Malas bekerja.
Beri muka – Membiarkan seseorang bebas membuat sesuatu dengan sesuka hatinya.
Besar kepala – Sombong, degil.
Bintang terang – Berasib baik.
Buah hati – Orang yang dikasihi.
Buah mulut – Perkara yang menjadi tajuk perbualan ramai.
Buah tangan – Hadiah yang dibawa ketika melawat.
Bulat hati – Dengan bersunguh-sungguh; sudah nekad.
Bunga dedap – Perempuan yang wajahnya cantik tetapi tidak berbudi.
Buruk siku – Mengambil balik apa-apa yang telah diberikan kepada orang lain.
Cahaya Mata – Anak
Cakap angin – Percakapan yang tidak berfaedah; omong kosong.
Cakar ayam – Tulisan yang buruk.
Cangkul angin – Membuat kerja yang tidak berfaedah.
Cari Jalan – Berikhtiar atau berusaha untuk melakukan sesuatu.
Cepat Tangan – Suka mencuri.
Curi Tulang – Mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu pekerjaan dengan tipu helah.
Dalam tangan – Sudah pasti dapat.
Darah daging – Kaum kerabat; sudah sebati.
Durian runtuh – Keuntungan yang tidak disangka-sangka.
Gaji Buta – Mendapat gaji tanpa bekerja.
Gelap Mata – Lupa akan diri kerana terpengaruh oleh wang.
Gila Bahasa – Kurang waras fikirannya.
Golok kayu – Orang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang pandai.
Harga mati – Harga tetap; harga yang tidak dapat ditawar-tawarkan lagi.
Hati  Batu – Degil; tidak mempunyai belas kasihan.
Hidung belang – Lelaki yang suka mengganggu atau menggida perempuan.
Hidung Tinggi – Sombong.
Ikat perut – Menahan lapar kerana berjimat.
Isi Hati – Perasaan dalam hati.
Jauh  Hati – Merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.
Jinak-jinak merpati – Perempuan yang peramah dan mudah bergaul mesra tetapi sukar 
                                   dipikat.
Kacang Hantu – Orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain.
Kaki ayam – kaki yang tidak berkasut.
Kaki bangku – Orang yang tidak tahu bermain bola.
Kaki Botol – Orang yang suka meminum minuman keras.
Kecil Hati – Merajuk; tersinggung
Kepala Angin – Tidak tetap pendiriannya.
Kepala Batu – Degil; Tidak mahu mengikut nasihat.
Kera sumbang – Orang yang tidak suka bercampur gaul dengan orang lain.
Khabar angin – Berita yang belum tentu benarnya.
Kucing Bertanduk – Perkara yang mustahil berlaku.
Kucing Kurap – Orang yang dipandang hina
Kutu Embun – Orang yang suka merayau-rayau sehingga larut malam.
Langkah kanan – Benasib Baik
Langkah Kiri – Tidak bernasib baik; sial ; malang
Langkah Seribu – Lari dengan cepat kerana ketakutan
Lidah biawak – Percakapan berubah-ubah
Lipas kudung – Cepat menyiapkan atau membuat kerja.
Makan Angin – Pergi bersiar-siar untuk berehat.
Makan Angkat – Suka dipuji.
Makan Hati – Terlalu sangat berduka cita atau menderita.
Makan Suap – Menerima rasuah.
Malu-malu kucing – Berpura-pura malu di hadapan orang.
Mandi Kerbau – Mandi dengan tidak bergosok.
Mandi peluh – Bekerja kuat.
Mati Celik – Mati sebelum hajat tercapai
Mati Katak – Mati dengan sia-sia sahaja
Muka dua – Berbaik-baik dengan kedua-dua pihak yang bermusuhan
Muka Tembok – Tidak tahu malu
Mulut Murai – Orang yang sangat suka bercakap atau berbuat bising.
Mulut Tempayan – Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia.
Naik angin – Tidak dapat mengawal diri akibat terlalu marah.
Naik darah – Menjadi marah
Nyawa-nyawa ikan – Hampir-hampir mati
Otak Cair – Pandai; Cerdik
Otak Kering – Lambat atau susah menerima pelajaran yang diajarkan
Otak Udang – Bodoh
Paku Belanda – Harga tetap; Harga yang tidak dapat ditawar-tawarkan lagi.
Panjang Tangan – Suka mencuri
Pasang Telinga – Mendengar dengan teliti atau bersungguh-sungguh.
Patah Hati – Kecewa; Tidak mahu berusaha lagi
Patah Kandar – Hilang tempat bergantung
Pejam Mata – Tidak mengambil tahu tentang sesuatu perkara
Pembasuh mulut – Minuman atau kuih yang dihidangkan selepas makan nasi
Penyapu Baru – Rajin bekerja kerana baru menyandang jawatan itu.
Perang Dingin – Perang secara gertak-menggertak
Perang Mulut – Bertengkar dengan menggunakan kata-kata yang kasar
Pilih Kasih – Memberi layanan yang lebih kepada pihak yang disayangi; Berat sebelah
Puteri Lilin – Perempuan yang tidak tahan terkena panas.
Putih Hati – Jujur; Baik hati
Rabun Ayam – Tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu senja.
Raja Sehari – Pengantin
Rambang Mata – Sukar untuk membuat pilihan kerana semuanya kelihatan  baik atau 
                             hampir serupa sahaja.
Ringan Kepala – Mudah memahami sesuatu yang diajarkan
Ringan Mulut – Peramah; Suka bercakap-cakap
Ringan Tangan – Suka menolong orang; cepat membuat kerja
Ringan Tulang – Rajin bekerja
Samar Muka -  Waktu senja; Waktu hampir gelap
Senapang Bambu – Orang yang nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak.
Tahi Arak – Orang yang suka dan kuat minum arak.
Tahi Judi – Orang yang suka bermain judi
Tangan Terbuka – Suka menolong yang mendapat kesusahan
Tangkai Jering – Orang yang kedekut
Telinga Kuali – Orang yang tahan hati walaupun dimarahi oleh orang lain
Telinga Lintah – Orang yang tajam pendengarannya
Telinga Nipis – Orang yang cepat marah
Telinga Tempayan – Orang yang tidak mahu mendengar nasihat
Terang Hati – Mudah memahami sesuatu yang diajarkan
Terang Tanah – Waktu hampir siang
Tidur-tidur ayam – Tidur yang tidak lena
Tin Kosong – Orang yang bercakap besar tetapi sebenarnya tidak berilmu pengetahuan.
Tua Keladi – Orang tua yang berperangai seperti orang muda.

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.