I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 20 November 2011

CONTOH KARANGAN 4

Peribahasa Melayu ada menyatakan “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga”.

Tulis satu karangan berdasarkan peribahasa ``Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’’ .

            Pada suatu petang, Azmi sedang leka bermain dengan adiknya di halaman rumah. Tiba-tiba seorang anggota polis menghampiri mereka. ``Adik, boleh saya bertemu dengan ibu adik?’’ tanya anggota polis tersebut. ``Boleh,’’ jawab Azmi dengan gementar.

            Azmi kemudiannya memanggil ibunya. Anggota polis tersebut memberitahu ibu Azmi bahawa ayah Azmi mengalami kemalangan jalan raya. Ibu Azmi menjadi cemas dan kemudian menyuruh anak-anaknya bersiap-siap untuk ke hospital. Mereka ke hospital menaiki kereta peronda polis tersebut.
            Setibanya di hospital, doktor memberitahu ibu Azmi bahawa suaminya sudah meninggal dunia. Mereka bertiga berasa amat sedih. Azmi juga berasa takut mengenangkan nasib mereka sekeluarga yang tiada lagi tempat bergantung.

            Selang beberapa ketika, mereka bertiga menaiki teksi untuk pulang. Di dalam teksi, ibu Azmi tidak berhenti-henti mengenang nasib malang mereka sekeluarga. Setibanya mereka di hadapan rumah, mereka sekeluarga menjadi cemas dan terperanjat kerana rumah mereka sedang terbakar. Orang ramai cuba membantu memadamkan kebakaran. Namun, rumah itu musnah dijilat api.

            Ibu Azmi menangis teresa-esak. Sudahlah suaminya meninggal dunia, kini rumah mereka pula terbakar. Nasib malang menimpa keluarganya secara bertimpa-timpa seperti kata pepatah,``Sudah jatuh ditimpa tangga’’.



"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.