I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 11 November 2011

PERUMPAMAAN


Perumpamaan Merupakan salah satu jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Pada umumnya, perumpamaan menggunakan kata-kata bandingan bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

Bagai ayam disambar helang – Orang yang hilang dengan tiba-tiba.
Bagai bulan dipagar bintang – Kecantikan gadis yang tiada bandingannya.
Bagai isi dengan kuku – Persahabatan yang sangat erat.
Bagai kacang lupakan kulit – Orang yang tidak tahu mengenang budi.
Bagai kumbang putus tali – lari segera apabila terlepas daripada kesusahan.
Bagai menatang minyak  yang penuh – Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
Bagai pinang dibelah dua – Pengantin yang sama cantik dan sama padan.
Seperti abu di atas tunggul – Kedudukan yang tidak tetap atau tidak terjamin, boleh 
                                               dihalau pada bila-bila masa sahaja.
Seperti api di dalam sekam – Perbuatan jahat yang tersembunyi.
Seperti aur dengan tebing – Kerjasama yang erat diantara dua pihak
Seperti Belanda minta tanah – Orang yang tamak
Seperti bumi dengan langit – Perbezaaan yang sangat besar
Seperti cincin dengan permata – Sepasang pengantin yang sama cantik dan padan.
Seperti embun di hujung tanduk – Kasih sayang yang tidak kekal abadi.
Seperti gergaji dua mata -  Orang yang suka mencari faedah daripada dua pihak yang 
                                           bermusuhan.
Seperi harimau menunjukkan belangnya – Menunjukkan sifat sebenarnya setelah lama 
                                                                     berdiam diri.
Seperti hujan jatuh ke pasir – Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia 
                                                sahaja.
Seperti kaca jatuh ke batu – Berasa amat sedih.
Seperti katak di bawah tempurung – Orang yang cetek pengetahuannya.
Seperti kera mendapat bunga – Orang yang tidak menghargai pemberian orang lain.
Seperti orang buta kehilangan tongkat – Orang yang dalam kesusahan itu akan bertambah 
                                                                  susah lagi apabila dia kehilangan tempat bergantung.
Seperti pahat dengan pemukul – Orang yang hanya bekerja apabila diperintah.
Seperti pungguk rindukan bulan – Mengharapkan sesuatu benda yang tidak akan diperolehi.
Seperti rumput di tepi jalan – Keadaan hidup yang susah.
Seperti rusa masuk kampung – Orang yang tercengang-cengang apabila masuk ke sesuatu kawasan 
                                                  yang baru.
Seperti ular kena palu – Sesuatu yang bengkang-bengkok

"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.